MALAYSIA
MOSTI serah siasatan kemalangan helikopter kepada pihak berkuasa

Walaupun kejadian berlaku semasa Multilateral Nuclear Security Detection Exercise (MITSATOM) 2025, MOSTI tidak terlibat dalam proses siasatan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyerahkan siasatan kemalangan helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Pulai, Gelang Patah pada 10 Julai kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
Ringkasan AI
- Kemalangan helikopter PDRM ketika MITSATOM 2025 berlaku pada 10 Julai di Sungai Pulai, Gelang Patah; siasatan diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
- MOSTI tidak terlibat dalam siasatan walaupun insiden berlaku semasa raptai program anjurannya; namun bersedia beri kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
- MITSATOM 2025 dianjur sempena Kepengerusian ASEAN Malaysia dan dipengerusikan oleh Atom Malaysia dalam peranan Pengerusi ASEANTOM di bawah APSC.
"Kejadian berlaku semasa raptai program MOSTI, tetapi dari segi siasatan - kita tidak terlibat," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI) sempena MyBlockchain di sini hari ini.
Pada 10 Julai, MOSTI menyatakan kesediaan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menyiasat kejadian helikopter PDRM terhempas berhampiran Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 10.15 pagi ketika MITSATOM 2025 melibatkan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.
Penganjuran MITSATOM kali ini bersempena Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia dengan Atom Malaysia menggalas peranan sebagai Pengerusi Rangkaian Badan Kawal Selia ASEAN mengenai Tenaga Atom (ASEANTOM) di bawah Pelan Strategik Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami