PULAU INDAH: Kementerian Pengangkutan (MoT) menetapkan sasaran peratusan penggunaan kandungan tempatan dalam industri rel negara meningkat kepada 70 peratus menjelang 2030 berbanding 45 peratus pada masa ini.
Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata usaha tersebut akan diterajui oleh kementeriannya di bawah Pusat Kecemerlangan Rel Kebangsaan (NRCOE) untuk menambah penglibatan syarikat tempatan dalam membina keupayaan negara agar tidak terlalu bergantung kepada negara pengeluar asing.
"Kita masih ada banyak ruang lagi untuk diperbaiki termasuk teknologi pembuatan dan pemasangan," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan di kilang pemasangan gerabak Hartasuma Sdn Bhd di sini pada Rabu.
Mengambil contoh kejayaan Hartasuma yang bermula pada 1994 sebagai ejen kepada syarikat pembuatan kereta api dari luar negara, katanya syarikat Bumiputera itu kini telah berupaya untuk bekerjasama dengan pengeluar antarabangsa untuk melakukan pemasangan kenderaan rel dan menambah kandungan tempatan di Malaysia.
"Saya berasa kagum dengan Hartasuma apabila kita melihat daripada projek Kenderaan Tambahan Kuala Lumpur (KLAV 27), tren pertama yang mengandungi empat gerabak hingga tren kelapan dibuat di luar negara.
"Manakala tren kesembilan dan seterusnya, pemasangannya dilakukan di sini dan dijangka selesai pembekalannya pada Disember 2024 yang dilaksanakan secara berperingkat," katanya.
Katanya penggunaan 45 peratus kandungan tempatan oleh syarikat rel Malaysia termasuk Hartasuma telah mencipta banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat tempatan.
Hartasuma menerusi konsortium dengan Alstom S.A, telah dianugerahkan kontrak pada 2017 bagi projek KLAV 27 bernilai RM1.72 bilion untuk pembekalan 108 gerabak transit aliran ringan (LRT) baharu bagi Laluan Kelana Jaya. Setiap satu tren mengandungi empat gerabak.
Sementara itu, Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Hartasuma Tan Sri Ravindron Menon berkata Hartasuma bekerjasama dengan NRCOE untuk menjadi vendor Tahap 1 yang layak untuk memasang dan membaik pulih 'bogie' tempatan di bawah program Pembangunan Industri Kenderaan Rel.
"Inisiatif seperti ini dapat meningkatkan keupayaan Malaysia dari segi teknikal dan membantu mengurangkan aliran keluar modal," katanya.
Katanya Hartasuma juga kini bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kuala Lumpur untuk melahirkan tenaga kerja mahir bagi pelbagai bidang dalam industri kereta api.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
Wee Ka Siong (kiri) mengadakan lawatan untuk menyaksikan proses pemasangan akhir tren khususnya proses pemasangan bogie di kilang pengeluaran Hartasuma Sdn Bhd di Pulau Indah. -Bernama
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke Kabinet - TPM
Katanya, cadangan tersebut tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.
Pelantikan sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina tidak jejas kedudukan Ka Siong - Zahid
Ahmad Zahid berkata pelantikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina di Malaysia tidak menjejaskan kedudukan beliau.
Ka Siong persoal cara hendak kenal pasti T15
Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa, usaha ini akan merumitkan ramai pihak termasuk pengendali, pekerja serta pengguna di stesen minyak.
MCA mahu kerajaan pelihara, pertahan hak kebebasan bersuara rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.
Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata semua parti komponen BN dan Friends of BN sentiasa melakukan sesi keterlibatan dan perbincangan bersama, mengenai pelbagai isu.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
SJKC Poay Chai di Taman Bukit Indah beroperasi 23 Jun
SJKC Poay Chai di Singkir, Kedah yang dipindahkan ke lokasi baharu di Taman Bukit Indah, dijangka beroperasi pada 23 Jun ini.
Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong
Dalam tempoh setahun sebelum pelaksanaan penuh e-Invois, LHDN akan adakan program dan sesi libat urus bagi tujuan kesedaran dan pendidikan.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Ketua Wanita MCA pertama meninggal dunia
Ketua Wanita MCA pertama Tan Sri Rosemary Chow Poh Kheng, meninggal dunia hari ini.