PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) seboleh-bolehnya tidak mahu campur tangan berhubung harga lantai tambang e-hailing, sebaliknya mahu ia ditentukan oleh kuasa pasaran, kata Menterinya Anthony Loke.
Loke berkata pihaknya maklum mengenai gesaan persatuan pemandu e-hailing (EHO) yang mahu kerajaan campur tangan berhubung isu tambang itu termasuk penyeragaman kadar tambang antara bandar.
"Kita faham permintaan mereka supaya kerajaan menetapkan harga lantai untuk e-hailing. Setakat ini, cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan dan belum ada apa-apa keputusan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (NLTF) Bil 1/2023, di sini hari ini.
Loke berkata MOT juga memahami harapan pemandu mengenai perkara berkenaan memandangkan pemandu tidak boleh memandu dengan kerugian selain terdapat kos operasi yang perlu ditanggung.
"Tetapi kita perlu faham bahawa kalau ada harga lantai ditetapkan, harga tambang kepada pengguna mungkin akan lebih meningkat jadi ia merupakan pertimbangan yang perlu diambil kira. Jadi kita biarkan pasaran untuk tentukan harga dan ada harga dinamik antara EHO, pemandu dan penumpang," katanya.
Media sebelum ini melaporkan EHO menggesa kerajaan melaksanakan kadar tambang lantai terhadap perkhidmatan pengangkutan itu bagi melindungi kebajikan pemandu.
Dilaporkan pemandu e-hailing kian terdesak kerana kadar tambang semakin tidak menentu ekoran persaingan dari beberapa pengusaha perkhidmatan itu dan biarpun persaingan harga menguntungkan pengguna, ia sebaliknya membebankan pemandu e-hailing yang perlu menanggung kos minyak, tol, penyelenggaraan dan sebagainya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023
Loke berkata pihaknya maklum mengenai gesaan persatuan pemandu e-hailing (EHO) yang mahu kerajaan campur tangan berhubung isu tambang itu termasuk penyeragaman kadar tambang antara bandar. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
MOT tubuh jawatan kuasa koordinasi, kerah aset bantu misi banjir - Loke
Kementerian Pengangkutan menubuhkan jawatan kuasa petugas khas bagi mengkoordinasikan misi bantuan banjir terutama di Pantai Timur.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
MOT sedia teliti keperluan baik pulih jajaran perkhidmatan kereta api di Pantai Timur
Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia untuk meneliti keperluan membaik pulih dan kebolehlaksanaan jajaran perkhidmatan kereta api di pintu masuk utama Pantai Timur di Rantau Panjang-Pekan Golok.
Lebih 500,000 nahas jalan raya direkod di Malaysia sehingga Oktober
Sebanyak 532,125 nahas jalan raya direkodkan sejak Januari hingga Oktober lepas, dengan 5,364 daripadanya melibatkan kemalangan maut.
MAB beli pesawat baharu tingkat keyakinan penumpang
MAB telah melaksanakan proses perolehan pesawat baharu sebagai strategi meningkatkan keyakinan penumpang terhadap syarikat penerbangan berkenaan.
Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.
LPA di bawah MoT selepas Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak
Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), yang kini diselia oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) tidak lama lagi akan beroperasi secara langsung di bawah Kementerian Pengangkutan (MoT).
MOT, KKR dalam proses akhir bangunkan sistem HS-WiM
Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang dalam proses akhir membangunkan sistem 'High Speed Weigh-In-Motion' (HS-WiM).
Kemahiran logistik perlu dipertingkat seiring lonjakan pelaburan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan semua pihak agar tidak terlalu selesa dengan kemajuan yang dikecapi dalam industri logistik setakat ini.
Kerajaan rancang perkenal semula penerbangan terus ke Rusia - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan (MoT) sedang merancang dengan syarikat penerbangan dari Rusia untuk memperkenal semula penerbangan terus dari Malaysia ke Rusia.