awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LPA di bawah MoT selepas Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak

Bernama
Bernama
09/11/2024
14:15 MYT
LPA di bawah MoT selepas Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak
Menteri Pengangkutan Menteri Anthony Loke berkata penyusunan semula itu yang diwajibkan mengikut Akta Pelabuhan Persekutuan akan dilaksanakan sebaik sahaja selesai peralihan tersebut yang dijangka tahun depan. - Foto BERNAMA
LABUAN: Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), yang kini diselia oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) tidak lama lagi akan beroperasi secara langsung di bawah Kementerian Pengangkutan (MoT) setelah Pelabuhan Bintulu diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan Sarawak.
Menteri Pengangkutan Menteri Anthony Loke berkata penyusunan semula itu yang diwajibkan mengikut Akta Pelabuhan Persekutuan akan dilaksanakan sebaik sahaja selesai peralihan tersebut yang dijangka tahun depan.
"Sebaik sahaja di bawah MoT, LPB akan memperoleh status pihak berkuasa pelabuhan persekutuan, namun terdapat beberapa isu utama yang perlu diselesaikan sebelum penyerahan rasmi dilakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program-integrasi Gegar Labuan di Kompleks Sukan Antarabangsa Labuan di sini hari ini.
Beliau berkata kementeriannya akan melantik seorang pengurus besar untuk menerajui LPB.
Mengulas projek Pelabuhan Baharu Bersepadu Labuan yang telah lama dicadangkan, beliau berkata beberapa cadangan pembangunan daripada sektor swasta masih dalam semakan tetapi masih belum dimuktamadkan.
"Sebarang projek pembangunan pelabuhan akan mengikut model penswastaan tanpa memerlukan dana kerajaan. Model ini membolehkan MoT berfungsi sepenuhnya sebagai badan kawal selia dan bukan sebagai entiti operasi," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Pelabuhan Labuan
#LPA
#Kementerian Pengangkutan
#Sarawak
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan