awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC cadang peruntukan sambutan Tahun Baharu disalurkan kepada mangsa banjir

Bernama
Bernama
23/12/2022
21:00 MYT
MOTAC cadang peruntukan sambutan Tahun Baharu disalurkan kepada mangsa banjir
MOTAC mencadangkan peruntukan itu disalurkan kepada mangsa dan pemain industri pelancongan yang terjejas akibat banjir. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mencadangkan peruntukan bagi mengadakan majlis besar-besaran dan sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 oleh agensi kerajaan, disalurkan kepada mangsa dan pemain industri pelancongan yang terjejas akibat banjir.
Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata ia selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu agensi kerajaan menghentikan penganjuran majlis besar-besaran serta pembelian pakaian baharu, bagi sesuatu majlis bagi mengelak pembaziran perbelanjaan.
"Keputusan ini dibuat tepat pada masanya dan merupakan tindakan terpuji, lebih-lebih lagi di saat negara berdepan peristiwa duka susulan kejadian banjir yang berlaku di Pantai Timur serta tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang mengorbankan banyak nyawa termasuk kanak-kanak.
"Dalam kejadian banjir yang berlaku, ramai pemain industri pelancongan turut terjejas dengan barangan dan premis perniagaan rosak akibat bencana itu.
"Sehubungan itu MOTAC akan membantu sedaya upaya bagi memastikan pemain industri yang turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan kumpulan penting dalam mempromosikan Malaysia di mata dunia ini, dapat kembali bangkit pasca-banjir," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membuat keputusan membatalkan penganjuran penganjuran Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka yang dijadualkan pada 31 Dis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#sambutan tahun baru
#mangsa banjir
#Tiong King Sing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan