awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC gantung lesen Apsan Travel and Tour Sdn Bhd

Bernama
Bernama
12/12/2022
12:43 MYT
MOTAC gantung lesen Apsan Travel and Tour Sdn Bhd
Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC Datuk Saraya Arbi menerusi kenyataan berkata penggantungan lesen syarikat itu dibuat di bawah Seksyen 8(1)(b) Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat Apsan Travel and Tour Sdn Bhd berkuat kuasa 9 Dis lepas hingga tarikh tamat lesen syarikat itu pada 10 April 2023.
Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC Datuk Saraya Arbi menerusi kenyataan berkata penggantungan lesen syarikat itu dibuat di bawah Seksyen 8(1)(b) Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].
Menerusi seksyen itu, pengusaha pelancongan berlesen itu didapati melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah lesen, mana-mana peruntukan akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak kira bahawa tiada pendakwaan telah dibawa bagi sesuatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran sedemikian.
Pada 11 Mei lepas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan modus operandi baharu kes penipuan penjualan tiket penerbangan secara dalam talian membabitkan kerugian dianggarkan bernilai RM233,954.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata PDRM menerima 20 kes penipuan dan ia masih dalam siasatan.
Berdasarkan siasatan, mangsa melayari laman sosial http://cafe.naver.com/mymalaysia yang memaparkan iklan penjualan tiket penerbangan didakwa dikendalikan syarikat Apsan Travel and Tour Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#gantung lesen
#Apsan Travel and Tour Sdn Bhd
#Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan