KUALA TERENGGANU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyarankan setiap negeri supaya melahirkan produk pelancongan baharu bagi memperkasakan lagi sektor itu sekali gus menarik kehadiran lebih ramai pelancong.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata penjenamaan semula setiap produk pelancongan juga amat digalakkan bagi menonjolkan lagi kekuatan sektor pelancongan di setiap negeri.
"Selain pelancong tempatan sendiri, kita juga dapat permintaan dari luar untuk menonjolkan produk (pelancongan) baharu di negara ini... memang ada permintaan terutama dari India yang nak letakkan Malaysia sebagai destinasi perkahwinan mereka.
"Kekangan kita sekarang ialah kurang promosi sebab kita anggap produk sudah ada, jadi selepas pandemik ni kita kena lebih agresif untuk mempromosikan dan tonjolkan produk (pelancongan) termasuk yang baharu," katanya di sini hari ini.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Rewang Raya sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 di Masjid Kampung Seberang Takir di sini, yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Sementara itu, ditanya adakah nilai ringgit yang semakin menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) akan memberi impak kepada sektor pelancongan negara, Nancy berkata dari sudut pelancongan isu itu agak 'terasing'.
"Setakat ini dari segi mobiliti pelancong masih belum menunjukkan sebarang kesan, mungkin ada kenaikan harga barang tapi dari sudut pelancongan ia terasing, hotel-hotel kita penuh.
"Kementerian juga memberi subsidi dalam bentuk baucar berkaitan pelancongan, bagi bantuan untuk mengurangkan beban dan menggalakkan pelancong terutama domestik untuk bergerak," katanya.
Beliau berkata pelancong sendiri sebenarnya perlu bijak menilai apabila ditawarkan perkhidmatan pada harga tertentu dan kebiasaannya pelancong sendiri memilih kadar yang mahal untuk perkhidmatan yang lebih berkualiti.
Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata program hari ini memberi nilai tambah kepada Terengganu untuk menonjolkan produk-produk pelancongan yang ada di negeri itu dalam usaha melonjakkan kembali sektor berkenaan dalam fasa peralihan ke endemik.
"Program (MRTM) seperti ini telah meletakkan negeri ini sebagai tumpuan seluruh negara, jarang ada peluang begini... selepas ini pemain industri pelancongan juga boleh menggunakan media sosial dengan lebih agresif dan memberi nilai tambah terhadap produk mereka agar dapat tarik pelancong dari dalam dan luar negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Nancy (dua, kiri) dan Ahmad Samsuri (dua, kanan) mengacau kari daging pada Program Rewang Raya sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 di Masjid Kampung Seberang Takir hari ini. - Bernama
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Festival Kraf Persona Tekstil 2024
Bermula 28 November hingga 8 Disember 2024 dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Budaya Sarapan di Malaysia diiktiraf Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Budaya Sarapan di Malaysia kini mendapat tempat dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
10 laluan penerbangan antarabangsa baharu diperkenalkan bulan ini - MOTAC
Sebanyak 10 laluan penerbangan antarabangsa baharu termasuk satu laluan penerbangan sewa akan diperkenalkan pada bulan ini, dengan jangkaan lebih 3,100 penerbangan mingguan.
MOTAC rancang antarabangsakan Aswara, galak pertukaran pelajar seni dan budaya
MOTAC dan Aswara akan membawa pelajar antarabangsa untuk belajar seni dan budaya di Malaysia.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Industri inap desa Sarawak jana RM4.95 juta, tarik 41,168 pengunjung pada Januari-September 2024
Industri inap desa Sarawak menjana pendapatan RM4.95 juta dari Januari hingga September tahun ini sambil menarik 41,168 pengunjung sepanjang tempoh itu.
HRD Corp: Inisiatif kursus pembangunan keluarga guna caruman levi majikan diteruskan - PM
Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan meneruskan inisiatif pembiayaan kursus-kursus bertemakan pembangunan keluarga menggunakan caruman levi majikan.