KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyemak semula sasaran ketibaan pelancong dan pendapatan bagi tahun ini.
Menerusi satu kenyataan, Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata MOTAC menyasarkan 9.2 juta pelancong masuk ke negara ini hingga akhir suku keempat dengan nilai pendapatan pelancongan sebanyak RM26.8 bilion.
"Unjuran terbaharu ini dibuat berdasarkan pelbagai usaha secara agresif yang dilakukan oleh MOTAC dalam mengadakan misi penggalakkan pelancongan di luar negara bagi menarik minat pelancong datang ke Malaysia.
"Selain itu, dengan pembukaan semula pintu sempadan negara Brunei bermula pada 1 Ogos 2022 yang lalu, dijangkakan dapat meningkatkan lagi jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia.
"MOTAC yakin sasaran ini dapat dicapai berdasarkan situasi semasa perkembangan positif industri pelancongan yang mana lebih banyak negara melonggarkan syarat keluar dan masuk," katanya.
Mengulas lanjut, Nancy berkata dengan perkembangan ini, MOTAC berharap sektor pelancongan negara dapat dipulihkan dengan segera dan kembali menjadi antara sektor penyumbang utama pendapatan negara.
Usaha MOTAC memulihkan industri pelancongan membuahkan hasil apabila bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini Malaysia merekodkan 3.21 juta pelancong dengan nilai pendapatan sebanyak RM9.35 bilion.
Beliau pada masa sama berharap, sasaran ini dapat menaikkan semangat semua penggiat industri untuk bekerja lebih kuat bagi memastikan ia berjaya dicapai dan sektor pelancongan negara kembali berdaya saing.
"Saya berharap semua penggiat industri pelancongan dan rantaian perniagaan yang berkaitan dapat bersama-sama dengan MOTAC bagi memastikan sasaran ini dapat dicapai.
"Usaha yang berterusan harus dipergiatkan lagi bagi memastikan hala tuju dan masa depan sektor pelancongan dan kebudayaan negara terus berdaya saing, mampan dan lestari.
"Ini sesuai dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Destinasi Lestari, Kaya Budaya” menjelang tahun 2030 dapat menjadi realiti seperti yang digariskan dalam Dasar Pelancongan Negara," ujar Nancy.
Untuk rekod, pada tahun 2019, sebelum negara dilanda pandemik COVID-19, sektor pelancongan mencatat kadar ketibaan pelancong tertinggi iaitu 26.1 juta orang yang menyumbang pendapatan sebanyak RM86.1 bilion.
Astro Awani
Mon Aug 29 2022

Usaha MOTAC memulihkan industri pelancongan membuahkan hasil apabila bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini Malaysia merekodkan 3.21 juta pelancong dengan nilai pendapatan sebanyak RM9.35 bilion. - Foto BERNAMA

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Judi Haram | 905 individu ditahan, rampasan wang tunai lebih RM500,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 905 individu disyaki terlibat judi haram dengan rampasan wang tunai dianggarkan lebih RM500,000.

NTD: WHO gesa pelaburan tangani jangkitan penyakit tropika terabai
NTD merupakan keadaan penyakit yang ditemui terutamanya di kawasan tropika, termasuk denggi, kusta, dan rabies.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Di Johor, Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

Korban serangan masjid Pakistan meningkat kepada 59, lebih 157 cedera parah
Siasatan kejadian setakat ini bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana pengebom itu boleh menyelinap ke dalam kawasan kawalan tinggi yang menempatkan ibu pejabat polis itu.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pahang hingga esok
Hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Kudat, Sabah, hari ini.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Digitalisasi dalam perniagaan baiki telefon bimbit
Bermula dengan membaiki telefon bimbit dari rumah namun sehinggalah berjaya memiliki kedai membaiki telefon pintarnya sendiri. Berkongsi kisahnya, Mohd Shahir Abdul Majid, 32 tahun dari Bandar Perda Bukit Mertajam berkata, dia memulakan khidmat membaiki telefon pintar di rumah pada 2015 bagi menampung kos sara hidup.

Kanser payu dara, barah utama penyebab kematian wanita
Kanser itu mencatatkan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 34.1 peratus berbanding kanser lain dalam kalangan wanita di Malaysia.

JKM kendali 5,572 kes dera dan pengabaian kanak-kanak sehingga November 2022 - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM mengendalikan sebanyak 5,572 kes penderaan dan pengabaian melibatkan penderaan fizikal, seksual, emosi dan pengabaian kanak-kanak.

Suruhanjaya Kanak-kanak di Suhakam, tiada pertindihan tugas kementerian - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri menyambut baik pengumuman Kerajaan untuk melantik pesuruhjaya kanak-kanak bagi menganggotai Suhakam susulan peningkatan kes penderaan dan masalah sosial melibatkan golongan itu

Pengangkutan awam percuma untuk OKU - Nancy
Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk memberi tambang percuma pengangkutan awam kepada orang kurang upaya (OKU).

KPWKM perbanyak usaha perkasa wanita dalam tenaga buruh, kesaksamaan jantina
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memperbanyakkan usaha bagi menyokong penglibatan wanita secara produktif dalam pasaran kerja.

Pindaan Akta OKU dimuktamadkan menjelang Jun - Nancy
Pindaan Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 dijangka dimuktamadkan menjelang Jun ini dengan memberi fokus kepada aspek pemerkasaan dan penguatkuasaan bagi menjaga hak golongan itu.

Laporan keberkesanan JKMPay dibentang dalam masa terdekat - Nancy
Laporan kajian keberkesanan Pembayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanpa Tunai atau JKMPay akan dibentangkan dalam masa terdekat.

Kerjasama KPWKM, OKU Sentral bantu fahami keperluan OKU - Nancy Shukri
Kerjasama itu akan memudahkan KPWKM memperkasa pembangunan terhadap golongan OKU dalam memastikan hak sama rata dan kesejahteraan untuk mereka.

Ibu bapa cuai boleh dikenakan tindakan - Nancy
Ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak-anak tanpa pengawasan yang sewajarnya boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

NGO sambut baik penubuhan jabatan khas kanak-kanak
Badan bukan kerajaan, The Child Advocates and Civil Society Organisations menyambut baik keputusanDatuk Seri Nancy Shukri bagi menubuhkan jabatan atau institusi khas untuk kanak-kanak.