awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC terus perkasa seni budaya, warisan negara

Bernama
Bernama
24/09/2023
03:00 MYT
MOTAC terus perkasa seni budaya, warisan negara
MOTAC mahu supaya generasi yang akan datang masih mampu melihat dan belajar bagi meneruskan kesinambungan seni budaya di negara ini.
TUMPAT: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan terus memartabatkan seni, budaya dan warisan negara, selaras dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) iaitu Pembangunan dan Pengembangan Budaya.
Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC Mohd Yusri Mohd Yusoff berkata negara kini, mempunyai beberapa elemen 'Warisan Tidak Ketara' yang telah mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) seperti Mak Yong (2005), Dondang Sayang (2018), Silat (2019), Upacara Wangkang (2020), Pantun (2020) dan Songket (2021).
"MOTAC mengambil peranan yang serius untuk memastikan elemen ini dipelihara dan dipulihara, mengikut peredaran zaman.
"Hal ini bertujuan supaya generasi yang akan datang, masih mampu melihat dan belajar bagi meneruskan kesinambungan seni budaya di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2023 di Pantai Geting, di sini, malam tadi.
Mohd Yusri berkata penganjuran kali ke-6 FKRK 2023 yang mendapat sokongan daripada kerajaan negeri Kelantan amat bertepatan kerana negeri itu kaya dengan seni budaya dan warisan tradisional yang unik serta asli.
"Festival ini bertujuan mengetengahkan keunikan seni budaya warisan Kelantan khususnya aktiviti seperti pertandingan tarian, dikir barat, gendang Siam dan sukan rakyat.
Mohd Yusri berkata untuk rekod pada tahun lepas, seramai 55,841 pengunjung memeriahkan FKRK 2022 yang berlangsung selama tiga hari dengan peserta dengan perolehan pendapatan sebanyak RM164,363.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#seni budaya warisan
#Unesco
#Mohd Yusri Mohd Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan