awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Motif bunuh suami, isteri dipercayai dibawah pengaruh dadah - Polis

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
15/07/2022
09:41 MYT
Motif bunuh suami, isteri dipercayai dibawah pengaruh dadah - Polis
Pada Jumaat pagi, mayat lelaki ditemui mati dikediaman di Flat Nipah, Taman Daya di sini dipercayai dipukul isterinya. - fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Isteri yang didakwa memukul suaminya sehingga maut dalam kejadian di Flat Nipah di Taman Daya, pada Jumaat positif jenis dadah methapethamine dan amphetamine.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Assisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati motif pembunuhan dipercayai suspek dibawah pengaruh dadah.
Katanya polis sedang mengesan seorang lagi suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes ini dan boleh membantu siasatan kes ini.
"Hasil siasatan awal polis juga mendapati mangsa berusia 44 tahun, mengalami cedera di bahagian muka dan kepala dipercayai diserang dengan objek tumpul.
"Suspek wanita berusia 36 tahun yang juga isteri si mati juga mempunyai tiga rekod lampau iaitu dua kes berkaitan dadah dan satu kes jenayah mendatangkan kecederaan.
"Bertindak atas makluman, suspek wanita ditahan pada jam 9.15 pagi di kawasan berhampiran lokasi kejadian,"katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan seksyen 15 (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi talian hotline IPD JBS di talian 07-2182323 atau pegawai penyiasat ASP Kong Hock Peng di talian 019-7308888,"kata Raub.
Pada Jumaat pagi, mayat lelaki ditemui mati dikediaman di Flat Nipah, Taman Daya di sini dipercayai dipukul isterinya.
Ketika kejadian, anak mangsa yang berusia 11 tahun berada di rumah dan menjadi saksi utama kejadian.
Topic Berkaitan
#isteri bunuh suami
#di bawah pengaruh dadah
#Raub Selamat
#kes jenayah mendatangkan kecederaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan