awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Motosikal 150cc ke atas bakal diwajibkan pasang brek ABS - Wee

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
24/05/2022
07:27 MYT
Motosikal 150cc ke atas bakal diwajibkan pasang brek ABS - Wee
Wee berkata kerajaan memberi tempoh enam bulan kepada Miros untuk menjalankan kajian berkenaan sebelum tindakan penguatkuasaan penuh dilaksanakan.- Gambar fail
MELAKA TENGAH: Kerajaan bakal mewajibkan pemasangan sistem brek antikunci atau ‘anti-lock braking system’ (ABS) ke atas motosikal model baharu 150cc ke atas.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, langkah penguatkuasaan mewajibkan pemasangan sistem berkenaan kepada semua syarikat pengeluar motosikal, bagaimanapun hanya akan dilaksanakan selepas mendapat kajian terperinci yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
Beliau berkata, kerajaan memberi tempoh enam bulan kepada Miros untuk menjalankan kajian berkenaan sebelum tindakan penguatkuasaan penuh dilaksanakan dalam jangka masa dua tahun selepas tempoh kajian itu selesai.
Ujarnya, kajian akan turut melibatkan semua pemegang taruh termasuk industri pembuat motosikal dan wakil pengguna.
Katanya, melalui kajian yang dilakukan Miros terhadap teknologi ABS setakat ini, dilihat mampu mengurangkan sekurang-kurangnya 30 peratus kemalangan dan kematian membabitkan pengguna motosikal.
“Ini bermaksud kita ada tempoh transisi ynag kita boleh benarkan. Mana-mana pembuat atau pengilang yang sudah bersiap siaga tidak ada masalah, boleh teruskan.
“Kalau mereka yang masih ada masalah, dia boleh gunakan tempoh diberikan untuk melakukan. Kita akan lihat keberkesanan apabila dipasang pada mereka penunggang motosikal lebih 150cc seterusnya kita akan melihat ke bawah, macam mana,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meraikan sambutan ulang tahun ke-19 Miros di Makmal Pelanggaran Miros PC3, di Ayer Molek, Melaka pada Selasa.
Mengulas lanjut ujarnya, teknologi ABS merupakan teknologi anti gelincir yang membantu menghalang motosikal daripada tergelincir, terbabas dan gagal mengelak ketika menunggang.
Jelasnya, secara purata kemalangan maut pada tahun 2019 lalu iaitu tempoh sebelum pandemik COVID-19 adalah sebanyak 6,000 setahun manakala bagi tahun 2020 purata kemalangan maut merekodkan sebanyak 4,658.
Daripada angka itu ujarnya, 64 hingga 67 peratus atau dua pertiga daripada jumlah kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal.
Justeru ujarnya, kerajaan tidak akan tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan sekali gus tidak akan memberi beban kepada mana-mana pihak khususnya syarikat pengeluar kenderaan berkenaan.
Topic Berkaitan
#motosikal
#150cc
#kemalangan
#Wee Ka Siong
#MIROS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan