awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoU Kerajaan dan PH: Keabsahan, pengundian tidak harus ditimbulkan - Hishammuddin

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
13/09/2021
08:18 MYT
MoU Kerajaan dan PH: Keabsahan, pengundian tidak harus ditimbulkan - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, sekiranya perkara tersebut tetap berlaku, keadaan itu tidak menjurus kepada harapan beliau untuk melihat wujudnya kestabilan politik dalam negara. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Memorandum persefahaman (MoU) yang dipersetujui kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan baru-baru ini adalah untuk menstabilkan suhu politik dalam negara.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sekiranya berpandukan kepada niat persefahaman itu, keabsahan kerajaan baharu atau pengundian tidak perlu ditimbulkan.
Tegasnya, sekiranya perkara tersebut tetap berlaku, keadaan itu tidak menjurus kepada harapan beliau untuk melihat wujudnya kestabilan politik dalam negara.
“Rakyat akan menilai tindakan mereka yang hari-hari timbulkan ketidaktentuan dalam suasana politik khususnya dalam sesi Parlimen yang hari ini telah pun bermula.
BACA: MoU dimuktamadkan: Kerajaan dan PH tandatangani MoU di Parlimen esok
“Saya harap bahawa apa diusahakan Perdana Menteri berhubung kait dengan persefahaman ini diterima baik oleh semua pihak, bukan memegang kepada pertimbangan politik.
“Tetapi berpegang kepada hasrat untuk kestabilan politik supaya kita boleh fokus kepada agenda lebih penting,” katanya dalam sidang media khas Menteri Kanan Pertahanan di Wisma Pertahanan di sini pada Isnin.
Tambahnya, beliau dari dahulu lagi mengharapkan untuk melihat kestabilan dalam landskap politik negara.
“Kestabilan itu bukan untuk kuasa tapi untuk bantu kita yang diberikan amanah memimpin kementerian tertentu dan menerajui kepimpinan negara.
“Ini dilakukan supaya kita dapat fokus dalam usaha membawa negara keluar dari belenggu pandemik dengan secepat mungkin,” ujarnya.
MoU Persefahaman | MoU perlu inklusif, tiada pihak terpinggir - Penganalisis
Astro AWANI pada Isnin melaporkan setelah mengadakan beberapa pusingan rundingan, wakil-wakil pihak Kerajaan dan Pakatan Harapan pada hari ini telah memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman di antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan.
Menerusi satu kenyataan pada Ahad, kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman ini pada esok jam 5 petang di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia.
Ia akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ketua-Ketua Parti Pakatan Harapan iaitu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Kenyataan bersama itu juga menyebut, semua pihak telah bersetuju bahawa memorandum persefahaman ini adalah untuk mengembalikan kestabilan politik negara demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara melalui pendekatan kerjasama secara “dwipartisan“. -ENDS-
Topic Berkaitan
#Memorandum Persefahaman
#Pakatan Harapan
#kerajaan Persekutuan
#Hishammuddin Hussein
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan