awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan pengambilan 20,000 guru DG9 dibuka Mac - KPM
Wanita hilang ditemui maut, dipercayai dibunuh kekasih
KTMB sedia lapan ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoU Transformasi dan Kestabilan Politik berjaya tangani cabaran ketidakstabilan politik 2021 - PM

Astro Awani
Astro Awani
31/12/2021
13:31 MYT
MoU Transformasi dan Kestabilan Politik berjaya tangani cabaran ketidakstabilan politik 2021 - PM
Ismail Sabri akui, cabaran ketidakstabilan politik tahun ini yang turut mengancam agenda pemulihan dan perpaduan negara berjaya ditangani. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Cabaran ketidakstabilan politik tahun ini yang turut mengancam agenda pemulihan dan perpaduan negara berjaya ditangani menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.
Perkara itu diakui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berpandangan MoU yang ditandatangani kerajaan dan Pakatan Harapan pada 13 September lalu berjaya menangani cabaran tersebut atas semangat Keluarga Malaysia, merentasi perbezaan politik.
Melalui kestabilan ini, Alhamdulillah, Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) diluluskan tanpa sebarang pindaan pada 7 Oktober, begitu juga dengan Bajet 2022 turut lulus dengan sokongan majoriti pada 13 Disember lalu.
"Saya amat gembira dan terharu apabila Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diluluskan oleh kesemua Ahli Parlimen yang hadir seramai 200 orang.
"Ini membuktikan semangat kesatuan dalam perbezaan. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada setiap Ahli Parlimen yang menyokong.
"Selaras dengan nilai kebersamaan yang terangkum di dalam konsep dan falsafah Keluarga Malaysia, saya percaya ahli-ahli Parlimen akan turut menyokong beberapa Rang Undang-undang yang bakal dibentangkan seperti Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti, Pindaan Perlembagaan serta lain-lain pindaan undang-undang dan Transformasi Parlimen," katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2022 hari ini.
Beliau turut berpandangan, semangat kebersamaan itu sudah pasti akan menambahkan lagi kestabilan politik di negara ini.
Seiring Transformasi Parlimen yang sedang dilaksanakan, Ismail Sabri turut menyatakan kesediaan kerajaan mengadakan transformasi di dalam sistem kehakiman bagi memperkukuh demokrasi di negara ini.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Pakatan Harapan
#MoU Transformasi dan Kestabilan Politik
#cabaran politik
#Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan