AMPANG: Seramai 49,084 peniaga dan penjaja kecil di Selangor disasar menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi inisiatif Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata Selangor dipilih sebagai negeri pertama memulakan program tersebut berikutan trend kes jangkitan COVID-19 yang terus meningkat di negeri itu.
Tambahnya, program ini dilaksanakan atas keprihatinan kerajaan, khususnya peniaga berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan mereka.
"Memandangkan program MOVAK ini sasarannya adalah kepada para peniaga, maka seharusnya ada penambahan sistem daripada yang sedia ada.
“Selain itu, sasaran peniaga-peniaga ini kita buat melalui satu sistem hibrid yang mana kita gunakan dewan dan mobile bus untuk membuat suntikan kepada mereka.
"(Selain itu), kita juga akan perluaskan di rumah ibadat dan kawasan lapang.
"Berkemungkinan kita gunakan khemah dan sebagainya, lihat pada kesesuaian tempat," katanya selepas mengadakan lawatan pada program MOVAK di Dewan Dato’ Ahmad Razali, di sini, pada Selasa.
Beliau dalam pada itu berharap semua peniaga di bandar dan luar bandar akan menyertai program MOVAK dalam membantu usaha kerajaan mencapai imuniti kelompok.
Sementara itu, tinjauan Astro AWANI mendapati rata-rata penerima vaksin di sini gembira dengan inisiatif itu.
"Ribuan terima kasih pada pihak kerajaan yang telah beri vaksin Pfizer ni, semoga kita semua para peniaga dapat terus berniaga seperti biasa," kata Azmaliza, 35.
Bagi Alice Tang, 43, dia bimbang kerana masih ramai penduduk Selangor yang belum divaksinasi di kala kes jangkitan COVID-19 semakin membimbangkan di negeri ini.
"Saya harap kerajaan akan membantu lebih ramai rakyat yang masih belum divaksinasi kerana seperti yang kita tahu, Selangor merupakan antara penyumbang kes tertinggi COVID-19.
"Malah keadaan di Selangor juga boleh dikategorikan sebagai sangat serius dan kritikal," kata Alice.
Beberapa peniaga lain pula mengharapkan kerajaan menambah baik strategi operasi perniagaan yang akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi kemudahan orang ramai dan pemantauan pihak berkuasa.
Bagi pengusaha kafe, Izayati Mustafa, 53, dia mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan pusat strategik bagi memudahkan peniaga menjalankan operasi perniagaan.
"Inisiatif ini bagus namun turut disarankan agar kerajaan melaksanakan satu pusat komuniti khusus buat para peniaga dan penjaja, seperti di dewan vaksinasi hari ini.
"Pada pendapat saya, ia adalah lebih baik daripada berniaga di tepi jalan yang menyukarkan pihak berkuasa untuk melakukan pemantauan,” kata Izayati.
Program kelolaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi ini menyasarkan untuk memvaksinasi lebih 500,000 penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara, khususnya di kawasan bandar.
Program MOVAK mempunyai 4 komponen iaitu Unit Panggilan, Unit Mobilisasi, Unit Jangkauan Komuniti dan Unit Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak.
Selepas Selangor, program MOVAK akan diteruskan pula ke Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak.
Eton Khir
Wed Jul 07 2021
Zuraidah ketika menyempurnakan program MOVAK di Dewan Dato Ahmad Razali. -Facebook Zuraida Kamaruddin
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.
Kami Care Misi Banjir: 40 penyampai dari 13 stesen Astro Radio turun padang
Astro Radio dengan kerjasama Yayasan Astro Kasih telah menganjurkan kempen Kami Care Misi Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di kawasan parkir LOTUS Cheras, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
ZAYAN raih anugerah Sahabat Dakwah di Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024
ZAYAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sahabat Dakwah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya.
Astro lancar kempen ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai penghargaan buat pelanggan setia
Astro, peneraju hiburan terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan kempen terbesar baharu Astros Big Thank You sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.
Ananda Krishnan, hartawan bijak, 'cap jari' di serata sudut
To make money, you have to find tomorrow's business, make tomorrow's money. Itu pegangan taikun perniagaan Ananda Krishnan yang dikenali sebagai seorang hartawan self-made yang tersohor.
Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta
Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah dengan menerima ganti rugi berkanun pertama.
Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro SoundVision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.