awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPC, Pemudah jalin kerjasama pacu inovasi dalam industri perladangan

Bernama
Bernama
06/03/2023
21:28 MYT
MPC, Pemudah jalin kerjasama pacu inovasi dalam industri perladangan
Industri minyak sawit menyumbang sejumlah RM48.3 bilion kepada KDNK Malaysia pada 2020. Bagaimanapun, sejak COVID-19, industri berdepan kekurangan pekerja asing yang kritikal. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bekerjasama erat dengan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) melalui Kumpulan Kerja Teknikal Modal Insan (TWGHC) bagi memacu inovasi dalam memacu industri perladangan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata, MPC juga telah mengenal pasti penerimagunaan teknologi dan tenaga mahir sebagai pengganda utama bagi keberkesanan produktiviti untuk membolehkan kecekapan proses pengeluaran serta meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan.
"Aspek automasi dan mekanisasi adalah kaedah kemajuan industri perladangan dalam mengurangkan kebergantungan ke atas pekerja asing yang kurang mahir. MPC memudahkan usaha ini dengan membangunkan pelan hala tuju strategik untuk dijadikan rujukan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Abdul Latif berkata, di peringkat mikro, sebarang langkah memajukan teknologi dapat memacu produktiviti serta kecekapan.
"Langkah mengurangkan kos menjalankan perniagaan menerusi penambahbaikan proses ini sekali gus turut menjadikan syarikat-syarikat memaksimumkan jualan serta keuntungan.
"MPC percaya ini akan turut memberi kesan terhadap gaji dari segi kenaikannya yang seiring dengan peningkatan produktiviti.
"Malah, produktiviti perusahaan akan menyumbang kepada pertumbuhan pasaran mikro atau di peringkat kebangsaan dan meningkatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) hasil daripada sumbangan jualan serta keuntungan syarikat," katanya.
TWGHC baru-baru ini menjalankan usaha tinjauan lapangan di Sime Darby Plantation Bhd untuk mengumpul data dan memahami mekanisasi serta automasi dalam industri minyak sawit lain melihat aplikasi mesin dalam persekitaran biologi.
Industri minyak sawit menyumbang sejumlah RM48.3 bilion kepada KDNK Malaysia pada 2020.
Abdul Latif berkata, sejak penularan COVID-19 pada akhir 2019, industri terbabit berdepan kekurangan pekerja asing yang kritikal. Pada 2022, industri perladangan kelapa sawit memerlukan 63,000 pekerja untuk mengatasi masalah ini.
"Ini hanya membuktikan lagi keperluan penggunaan automasi dan mekanisasi sebagai penyelesaian dan ia juga seiring dengan kerangka kerja Revolusi Perindustrian 4.0," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Bersama Pemudah bagi industri terbabit, Datuk Andy Seo Kian Haw berkata syarikat perladangan lain boleh mencontohi usaha Sime Darby Plantation dalam melaksanakan automasi dan mekanisasi.
"Maklumat diperoleh daripada lawatan itu penting untuk tujuan transformasi teknologi perladangan yang akan memberi kesan positif kepada ekonomi Malaysia.
"Kita perlu mempunyai penyelesaian lebih mampan untuk meningkatkan produktiviti industri perladangan. Langkah pengambilan pekerja asing hanyalah bersifat sementara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MPC
#PEMUDAH
#inovasi
#perladangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan