awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Selepas tiga tahun dihentikan, feri ekspres Labuan-Kota Kinabalu kembali terima sambutan
MALAYSIA
MBDK tolak cadangan pembinaan memorial berhampiran Masjid Kampung Raja Uda
DUNIA
'Bebaskan tebusan, buat perjanjian sekarang!’ – Trump gesa rundingan gencatan Gaza dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

MPI cadang wujudkan Kursi Kewartawanan-Utusan Melayu di universiti

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/06/2025
11:51 MYT
Sponsor Banner
MPI cadang wujudkan Kursi Kewartawanan-Utusan Melayu di universiti
Forum Kenangan Utusan Melayu sempena Ulang Tahun Akhbar Utusan Melayu Ke-86 dan Hari Wartawan Nasional (Hawana) - Foto Abdul Wafi Norazmi
SUBANG JAYA: Institut Akhbar Malaysia (MPI) mencadangkan penubuhan Kursi Akademik Kewartawanan Utusan Melayu di universiti tempatan bagi mendokumentasikan dan memelihara warisan sejarah serta perjuangan akhbar tertua berbahasa Melayu itu.
Ketua Pegawai Eksekutif MPI Ainol Amriz Ismail berkata, kursi itu mampu menjadi gerbang ilmu bagi memperkayakan wacana akademik dalam kajian kewartawanan dan sejarah media tersebut.
"Segala usaha yang dilakukan oleh Utusan Melayu perlu didokumentasikan. Ia bukan sekadar kisah kewartawanan, tetapi merupakan sejarah negara kerana perkembangan penting tanah air banyak direkodkan melalui akhbar ini.
"Justeru, adalah wajar golongan akademik dan pelajar diberikan pendedahan yang sewajarnya terhadap khazanah sejarah ini," katanya kepada pemberita slepas Forum Kenangan Utusan Melayu sempena Ulang Tahun Akhbar Utusan Melayu Ke-86 dan Hari Wartawan Nasional (Hawana) di sini, pada Sabtu.
Forum itu dirasmikan tokoh wartawan negara Tan Sri Johan Jaafar, yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu.
Dalam pada itu, Ainol Amriz memberitahu, MPI turut menggalakkan wartawan menulis secara aktif tentang pengalaman, perjuangan, sejarah ekonomi dan isu bahasa yang pernah dibawa oleh Utusan Melayu dalam e-jurnal kewartawanan yang telah dilancarkan oleh institut itu.
"Antara inisiatif yang turut disarankan adalah penghasilan lebih banyak penulisan berbentuk akademik serta dokumentasi naratif oleh bekas-bekas wartawan Utusan Melayu sendiri.
"Mereka yang pernah menggerakkan Utusan (Melayu) perlu menulis semula kisah-kisah ini. Walaupun akhbar itu telah ditutup, legasinya masih hidup dan boleh dibangunkan dalam konteks yang berbeza," jelasnya.
Sementara itu, Johan berkata, dunia kewartawanan hari ini menyaksikan perubahan mendadak hasil ledakan teknologi digital, gajet pintar dan kemunculan kecerdasan buatan (AI), yang bukan sahaja mencorak semula cara maklumat disampaikan, malah mencabar asas tradisi kewartawanan itu sendiri.
Beliau berkata, meskipun bentuk penyampaiannya itu berubah namun nilai teras kewartawanan tidak boleh dikompromi.
"Teras kewartawanan tetap bertolak daripada integriti, kebebasan dan keupayaan menyampaikan berita yang benar dan tepat. Ini bukan sesuatu yang boleh diganti teknologi. Wartawan hari ini perlu memahami bahawa walaupun mekanismenya berubah, prinsip itu kekal dan wajib dipertahankan,” tegasnya.
Topic Berkaitan
#Hawana
#kecerdasan buatan
#integriti
#utusan melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami