awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
Pengurusan tanah perkuburan Islam di Perlis perlu segera dimantapkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirBorneo tawar 20 peratus diskaun sempena Tahun Baharu Cina

Bernama
Bernama
31/01/2026
14:30 MYT
AirBorneo tawar 20 peratus diskaun sempena Tahun Baharu Cina
Pelanggan boleh menempah tiket menerusi laman web syarikat penerbangan tersebut atau pusat panggilan serta kaunter tiket di lapangan terbang. - Gambar fail/AirBorneo
KUCHING: AirBorneo menawarkan diskaun 20 peratus untuk tambang penerbangan biasa sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Ringkasan AI
  • AirBorneo menawarkan diskaun 20% untuk tambang penerbangan sempena Tahun Baharu Cina tahun ini.
  • Diskaun terpakai untuk tempahan 1 hingga 5 Feb, perjalanan 6 hingga 28 Feb, membantu penumpang pulang bercuti.
  • Penumpang boleh tempah tiket melalui laman web, pusat panggilan, atau kaunter di lapangan terbang; AirBorneo kini ada 21 destinasi termasuk pedalaman Sarawak dan Sabah.

Syarikat penerbangan milik kerajaan Sarawak itu dalam kenyataan memaklumkan diskaun tersebut terpakai untuk tempahan yang dibuat pada 1 hingga 5 Feb ini bagi perjalanan dari 6 hingga 28 Feb.
Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkata promosi itu bertujuan membantu mereka yang pulang bercuti ke kampung halaman.
"Diskaun ini mencerminkan komitmen kami untuk menjadikan perjalanan pulang lebih mudah diakses semasa musim perayaan," katanya.
Menurut kenyataan itu, pelanggan boleh menempah tiket menerusi laman web syarikat penerbangan tersebut atau pusat panggilan serta kaunter tiket di lapangan terbang.
Syarikat penerbangan itu kini mempunyai 21 destinasi sekali gus memastikan sambungan ke pedalaman Sarawak dan Sabah, selain merancang untuk meluaskan perkhidmatan sambil mengekalkan rangkaian Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) yang amat penting.
AirBornea memulakan operasi komersialnya dengan penerbangan pertama pada 2 Jan, 2026 selepas mengambil alih daripada MASwings.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#musim perayaan
#Tahun Baharu Cina
#AirBorneo
#Laman web
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan