awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPIC beri tumpuan kepada penjenteraan, automasi untuk atasi kekurangan tenaga kerja

Bernama
Bernama
14/01/2025
13:00 MYT
MPIC beri tumpuan kepada penjenteraan, automasi untuk atasi kekurangan tenaga kerja
Chan berkata industri itu perlu mempunyai tempoh peralihan dalam mengatasi isu berkenaan kerana kerajaan tidak mahu bergantung kepada pekerja asing. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC) menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada penjenteraan dan automasi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja untuk industri minyak sawit.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin berkata industri itu perlu mempunyai tempoh peralihan dalam mengatasi isu berkenaan kerana kerajaan tidak mahu bergantung kepada pekerja asing.
"Bagi tempoh jangka panjang, kita harus menyasarkan lebih banyak penjenteraan dan automasi.
"Di bawah Belanjawan 2025, kerajaan juga menyediakan insentif untuk menggalakkan penggiat industri menggunakan lebih banyak mekanisasi dan automasi, jadi itulah rancangan masa depan," katanya pada sidang media, hari ini.
Chan juga berkata keperluan untuk pengecualian terhadap kuota pekerja asing, bergantung kepada keperluan dan maklum balas industri.
"Pengecualian sekali sahaja untuk kuota tersebut diberikan untuk kira-kira 60,000 pekerja tahun lepas bagaimanapun untuk tahun ini ia bergantung kepada maklum balas industri sama ada ia sangat diperlukan atau tidak," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kelewatan mandat biodiesel B40 Indonesia, beliau berkata Malaysia tidak mempunyai keperluan mendesak untuk menggunakan lebih banyak minyak sawit untuk biodiesel kerana Malaysia lebih menumpukan perhatian kepada pengeksportan komoditi itu.
"Walaupun Malaysia dan Indonesia mempunyai perbezaan masing-masing dalam sektor ini, Malaysia amat bergantung pada aktiviti eksport.
"Menyaksikan peningkatan eksport tahun lepas, saya berpendat tiada keperluan mendesak untuk menggunakan lebih banyak minyak sawit sebagai sebahagian daripada biodiesel," katanya.
-- BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2025
#pekerja asing
#MPIC
#masa depan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan