Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mencadangkan agar pengguna di negara ini beralih pada penggunaan santan sawit sebagai alternatif mengurangkan kebergantungan kepada santan kelapa selain meningkatkan penggunaan bahan mentah sawit di negara ini.
Pengerusi MPOB Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata secara amnya kebanyakan masakan di negara ini dan di rantau Asia adalah berasaskan santan kelapa dan kekurangan bekalan kelapa sentiasa berlaku apabila ia tidak diurus dengan baik.
Beliau yang juga ahli parlimen Jasin berkata MPOB sentiasa melaksanakan pelbagai penyelidikan dan percubaan secara berterusan menggunakan santan sawit bagi menghasilkan makanan termasuk dodol, cendol, nasi lemak dan beberapa makanan lain yang menggunakan santan kelapa.
"Inisiatif ini dilaksanakan bukan untuk kita menghentikan kebergantungan terhadap buah kelapa terutama santan kelapa sepenuhnya yang telah digunakan sejak dahulu lagi tetapi untuk mempelbagaikan pilihan kepada pengguna.
"Kita tidak boleh bergantung hanya pada satu bahan iaitu kelapa sahaja kerana ia boleh menyebabkan kekurangan bekalan dan menyebabkan terpaksa mendapatkan bekalan dari luar terutama pada musim perayaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di rumahnya, di sini, pada Ahad.
Pelbagai makanan disajikan menggunakan bahan mentah sawit termasuk nasi lemak, cendol, dodol rendang pada majlis rumah terbuka berkenaan yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Ketua Pengarah MPOB Dr Ahmad Kushairi Din.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata penggunaan santan sawit secara meluas di negara ini juga dilihat dapat membantu meningkatkan ekonomi lebih 600,000 pekebun kecil sawit di negara ini pada masa hadapan selain dapat mengawal harga santan kelapa di pasaran.
Beliau berkata berdasarkan penyelidikan yang dilaksanakan pakar nutrisi MPOB, santan sawit mengandungi 50 peratus lemak tepu berbanding 92 peratus dalam kandungan santan kelapa dan kandungan kolestrol lebih rendah dan baik untuk kesihatan.
"Dodol yang dihasilkan menggunakan campuran santan kelapa dan santan sawit juga dilihat kurang berminyak berbanding menggunakan santan kelapa sepenuhnya. Selain itu, dodol yang dihasilkan menggunakan campuran santan sawit lebih tahan lama dan tidak berbau tengik," katanya.
Sementara itu, Ahmad Kushairi berkata secara dasarnya pengeluaran sawit di negara ini adalah sekitar 20 juta tan setiap tahun namun penggunaan dalam negara adalah kira-kira 10 peratus daripada jumlah tersebut.
Beliau berkata justeru itu MPOB telah melaksanakan pelbagai penambahbaikan dalam menghasilkan teknologi baharu untuk mengeluarkan santan sawit yang bermutu dan tahan lebih lama serta dapat dikomersilkan secara meluas.
"Sehingga kini hanya empat usahawan industri kecil dan sederhana di negara ini terlibat dalam pengeluaran santan sawit dan jumlah ini masih kecil berbanding usahawan santan kelapa. Ia telah mempunyai pasaran namun ia masih tidak dapat menampung permintaan atau keperluan," kata Ahmad Khusairi.
Beliau berkata kebanyakan usahawan santan sawit berkenaan beroperasi di Lembah Klang dan MPOB berhasrat untuk memindahkan teknologi pengeluaran santan sawit kepada lebih ramai usahawan yang berminat kerana industri pengeluaran berkenaan dilihat akan berkembang pesat dalam tempoh beberapa tahun akan datang. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2017
Penggunaan santan sawit secara meluas di negara ini juga dilihat dapat membantu meningkatkan ekonomi lebih 600,000 pekebun kecil sawit di negara ini pada masa hadapan selain dapat mengawal harga santan kelapa di pasaran. - Gambar hiasan
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Kerajaan salur RM170.81 juta geran menerusi program Agropreneur Muda sejak Januari 2016
Kerajaan Persekutuan menyalurkan geran berjumlah RM170.81 juta kepada seramai 8,366 penerima di bawah program Agropreneur Muda di seluruh negara sejak Januari 2016 hingga November tahun ini.
Cocotech 2022: Malaysia tuan rumah persidangan industri kelapa dunia
Ia berlangsung selama lima hari sehingga 11 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi semula kebenaran mengeksport ayam ke luar negara, berikutan bekalan dalam pasaran negara kembali stabil selain pengeluarannya melebihi permintaan.
MAHA 2022 platform pamer teknologi terkini bidang pertanian, makanan negara
Antara teknologi yang bakal dipamerkan pada MAHA 2022 dengan bertemakan 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan' itu termasuk 'foodscaping' melibatkan gabungan tanaman boleh dimakan dan herba.
NAFAS, LPP dibenar import bekalan ayam
Ketika ini, antara negara pengeluar bekalan ayam diberi kelulusan adalah termasuk Thailand, China, Brazil dan Belanda.
Harga siling ayam: Situasi menang-menang buat pengguna, penternak
Penetapan harga siling bagi penjualan ayam adalah satu pendekatan situasi menang-menang buat pengguna dan juga penternak, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah.
Maha 2022 di Selangor dijangka terima sambutan menggalakkan
Pengunjung mungkin teruja untuk ke ekspo itu memandangkan sudah empat tahun ia tidak diadakan.
Musang King harga mampu milik antara tarikan Penang FAMA Fest 2022
Program yang berlangsung selama lima hari bermula Rabu lepas itu turut menawarkan jualan buah-buahan bermusim RM30 bagi setalam di laman durian yang disediakan.
Bekalan ikan pulih mulai bulan ini - MAFI
Peningkatan hasil pengeluaran itu dijangka berterusan sehingga ke kemuncaknya pada Oktober.
MAFI sasar bantu 750 usahawan, sedia RM15 juta Geran Agropreneur Muda
Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, bagi tujuan itu MAFI menyediakan GAM sebanyak RM15 juta.