KUALA LUMPUR: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) telah melantik Naib Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif United Plantations Bhd Datuk Carl Bek-Nielsen sebagai pengerusi baharunya, berkuat kuasa 1 Mei 2023.
MPOC berkata Bek-Nielsen mahir dengan cabaran dan isu yang dihadapi oleh industri kerana beliau berpengalaman luas dalam industri minyak sawit Malaysia dan pernah berkhidmat dalam lembaga MPOC sebelum ini.
"Beliau akan terus memberi tumpuan kepada kelestarian dan penambahbaikan sosial dalam sektor minyak sawit Malaysia, memastikan pintu perdagangan kekal terbuka untuk komoditi pertanian terbesar dunia ketika industri bergerak ke arah matlamatnya menghasilkan minyak sawit yang mampan," kata MPOC.
Bek-Nielsen telah menjadi ahli majlis Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) sejak 2005 dan merupakan ahli majlis MPOC dari 2005 hingga 2020.
Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Bersama Lembaga Gabenor Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) pada 2014, jawatan yang disandangnya sehingga awal tahun ini.
"Beliau juga dilantik sebagai Konsul Jeneral Kehormat Denmark bagi Putrajaya dan Kuala Lumpur, serta Konsul Kehormat Denmark ke Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Terengganu," kata MPOC.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023
Bek-Nielsen telah menjadi ahli majlis Persatuan Minyak Sawit Malaysia sejak 2005 dan merupakan ahli majlis MPOC dari 2005 hingga 2020. - Foto DagangNews
Kemalangan di Gua Musang: Suami isteri maut, dua anak cedera
Seorang anggota tentera bersama isteri maut manakala dua anak mereka cedera dalam kemalangan di Kilometer 43 Jalan Gua Musang-Lojing hari ini.
Rotasing! Apa lagi yang peserta bakal tonjolkan
Sudah tiga minggu berlangsung peserta The Hardest Singing Show (THSS) benar-benar memberikan kreativiti terbaik bagi menyahut setiap cabaran yang diberikan.
Namun apakah tema untuk minggu ini?
Rakan setugas Asyraf sudah sedia untuk membawakan laporan mingguan THSS.
Namun apakah tema untuk minggu ini?
Rakan setugas Asyraf sudah sedia untuk membawakan laporan mingguan THSS.
Rakyat Israel gesa Netanyahu terima perjanjian yang dicadang Biden
Ribuan warga Israel bersama keluarga tebusan dan penyokong menuntut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menerima perjanjian yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Arab Saudi keluarkan visa mujamalah
Bagi jemaah haji yang mahu mendapatkan visa mujamalah untuk mengerjakan haji, Lembaga Tabung Haji menasihatkan untuk lebih cakna dan memilih daripada senarai 25 syarikat yang dilesenkan di bawah TH.
Gempa bumi lemah dikesan berdekatan Semporna
Satu gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter dikesan 50 kilometer (km) dari Semporna, Sabah pada 2.49 petang Ahad.
Kerajaan sedia pelbagai inisiatif bagi majukan TVET- Ahmad Zahid
Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk memajukan Pendidikan dan Latihan dan Teknikal Vokasional (TVET) di negara ini.
Enam ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu gugur ahli, hilang kerusi
Enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis MPT untuk ikrar taat setia.
Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang telah diwujudkan sebagai langkah alternatif selaras dengan komitmen kerajaan MADANI untuk melindungi hak rakyat terutama golongan rentan.
[TERKINI] Telefon bimbit dirampas untuk siasatan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa polis merampas telefon bimbit ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk membantu siasatan.
Tinjauan kesihatan dan morbiditi kebangsaan
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 (Akta 852) akan dikuatkuasakan bermula tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Rang Undang-Undang (RUU) antimerokok yang diluluskan di Dewan Negara pada Disember lalu itu sudah pun diwartakan Februari lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Rang Undang-Undang (RUU) antimerokok yang diluluskan di Dewan Negara pada Disember lalu itu sudah pun diwartakan Februari lalu.
MPOC lantik Bek-Nielsen sebagai pengerusi baharu
Bek-Nielsen mahir dengan cabaran dan isu yang dihadapi oleh industri kerana berpengalaman luas dalam industri minyak sawit Malaysia.
EU perlu henti amalkan diskriminasi terhadap minyak sawit
Kesatuan Eropah (EU) perlu berhenti mengamalkan diskriminasi terhadap minyak sawit dan menarik balik pengharaman bahan itu dalam biobahan api menjelang 2020, kata United Plantations Bhd.