KUALA LUMPUR: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Education Malaysia Global Services (EMGS) terus memperkasa kerjasama strategik bagi mempermudah proses kemasukan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof Datuk Mohamad Shatar Sabran berkata, kerjasama itu bertujuan untuk perkongsian data daripada kedua-dua agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan dalam usaha memudah cara calon pelajar antarabangsa.
Beliau berkata, jalinan itu akan memperkukuh serta memperkembang usaha sama kedua-dua pihak dalam proses perkongsian data Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) dan data akreditasi seterusnya mampu digunakan bagi mempromosi Malaysia dalam usaha menjadi hab pendidikan global seperti dihasratkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad.
"Merujuk kepada data akses capaian MQR sepanjang tahun 2021 adalah sekitar 2,828,469 carian dan sehingga Ogos 2022 sekitar 1,673,080 carian.
"Ini membuktikan masyarakat umum sudah mula menyedari kepentingan menyemak kelayakan dan akreditasi sesuatu program sebelum memilih untuk melanjutkan pengajian," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MQA dan EMGS di Mercu MQA, di Cyberjaya hari ini.
Pada majlis itu, Mohammad Shatar mewakili MQA, manakala EMGS diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Radzlan Jalaludin sambil disaksikan masing-masing oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof. Ir. Khairul Salleh Mohamed Sahari dan Pengarah Bersekutu (Strategi Korporat EMGS), Azhar Mohamed.
Hadir sama, Pengarah Kanan Pembangunan Dasar dan Kepakaran MQA, Mohamad Dzafir Mustafa; Pengarah Kanan (Akreditasi), Mohd Khairul Nizam Ibrahim dan Pengarah Kanan, Pemasaran, Komunikasi dan Penjenamaan EMGS, Rahimah Ibrahim.
Sementara itu, Mohd Radzlan berkata, dalam kerjasama itu, pihak MQA diberikan kemudahan mengakses data yang bersesuaian menerusi sistem Student Application Registration (STARS) dan Dashboard EMGS bagi kegunaan rujukan dan semakan kesahihan maklumat pelajar antarabangsa.
Katanya, proses itu bagi memastikan kursus ditawarkan mempunyai akreditasi yang dikemas kini mengikut rekod MQA.
"Kerjasama ini dijangka dapat meningkatkan lebih banyak jalinan strategik kedua-dua agensi di bawah KPT ini secara bersepadu dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan kemasukan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
"EMGS juga komited akan terus menyokong aspirasi kerajaan untuk mencapai sasaran menarik minat 250,000 pelajar antarabangsa menyambung pengajian di Malaysia menjelang tahun 2025," katanya.
Astro Awani
Tue Sep 06 2022
Mohamad Shatar (dua dari kiri) berkata, kerjasama itu bertujuan untuk perkongsian data kedua-dua agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan dalam usaha memudah cara calon pelajar antarabangsa.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Cabaran dunia pendidikan tinggi tuntut pendekatan lebih inovatif, fleksibel
Perubahan pesat dalam teknologi dan keperluan pasaran global menuntut pendekatan pendidikan yang lebih inovatif dan fleksibel.
Rusia punyai potensi besar untuk kerjasama dengan IPT Malaysia
Kunjungan delegasi Malaysia ke Rusia membuka lembaran baharu kepada pendidikan tinggi negara untuk melebarkan sayap ke negara itu.
ILKKM Sungai Buloh lahirkan 23,295 graduan berdaya saing
Sebanyak 27 program ILKKM di seluruh negara menerima akreditasi MQA - bukti komitmen tinggi ILLKM kepada kecemerlangan dalam segala aspek.
Pindaan Akta Perubatan 1971 tidak jejas peranan MQA - Dzulkefly
MQA akan terus menjadi badan akreditasi kepada program sarjana perubatan yang menilai permohonan daripada universiti.
Tidal tamatkan sokongan format MQA, digantikan dengan FLAC
Menurut Tidal, keputusan diambil kerana FLAC ialah format sumber terbuka yang membolehkan artis menawarkan muzik pada kualiti tinggi tanpa menerusi pihak ketiga. Pelanggan yang memuat tur
'Parallel pathway': MQA tidak terbabit secara langsung
MQA tidak terbabit secara langsung dalam kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran melalui program latihan ijazah kepakaran atau 'parallel pathway'.
MQA lancar e-MAS, platform bersepadu sistem akreditasi pendidikan tinggi negara
MQA melancarkan sistem akreditasi untuk membolehkan permohonan akreditasi program dibuat sepenuhnya secara atas talian iaitu menerusi e-MAS.
MQA, Islamic Azad University, Iran setuju beri pengiktirafan bersama
MQA bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan Islamic Azad University, Iran yang mempunyai jaringan 400 cawangan di seluruh negara Asia Barat itu.
MQA, UMSU meterai MoU tubuh Pusat Penilaian APEL antarabangsa pertama di Indonesia
MQA menubuhkan Pusat Penilaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) pertama di luar negara di Indonesia.
Peluang pekerja masuk universiti guna pengalaman kerja
Tawaran dibuat selepas mendapat kelulusan MQA untuk melaksanakan APEL kepada mereka yang tiada sijil kelayakan memasuki universiti.