MALAYSIA
MRA buka tiga pusat operasi COVID-19 di Sabah

MRA Sabah menyasarkan jumlah sumbangan sebanyak RM200,000 selain barangan berbentuk peralatan perubatan serta makanan menjelang akhir bulan ini.
Malaysian Relief Agency (MRA) Sabah membuka tiga pusat operasi COVID-19 bagi tujuan penghantaran bantuan daripada orang awam ke kawasan terjejas.
Tiga pusat operasi itu masing-masing di Tawau, Beaufort dan Kota Kinabalu.
Presidennya, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, pihaknya juga sudah melancarkan Tabung Ops COVID-19 2.0 dan setakat ini berjaya mengumpul sebanyak RM60,000 hasil sumbangan syarikat korporat dan orang persendirian.
Menurutnya, dalam usaha membantu penduduk terjejas, MRA Sabah menyasarkan jumlah sumbangan sebanyak RM200,000 selain barangan berbentuk peralatan perubatan serta makanan menjelang akhir bulan ini.

MRA Sabah menyasarkan pengumpulan dana sebanyak RM 200,0000 dan barang sumbangan berbentuk alatan perubatan serta makanan menjelang akhir Oktober ini.
“Bantuan MRA mula diagihkan di sekitar Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort, Sipitang, Tawau, Semporna, dan Sandakan. Bantuan ini juga akan dikembangkan ke beberapa kawasan lain bergantung kepada dana serta sumbangan yang diterima,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambanya, kumpulan sukarelawan itu masih komited bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membantu melaksanakan saringan dengan menggandakan bilangan operasi dan sukarelawan yang terlibat.

Kumpulan sukarelawan itu masih komited bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Orang awam dan pihak swasta boleh menghulurkan sumbangan terus ke akaun Malaysian Relief Agency Sabah (Maybank) - 5602 4102 1056.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami