awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus, dijangka beroperasi Jan 2023

Bernama
Bernama
04/10/2021
14:12 MYT
MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus, dijangka  beroperasi Jan 2023
Wee berkata infrastruktur utama seperti terowong, stesen dan struktur lain telah siap dibina. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua kini siap 93.52 peratus dan dijangka beroperasi pada Januari 2023 seperti yang dijadualkan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata infrastruktur utama seperti terowong, stesen dan struktur lain telah siap dibina dan baki kerja yang perlu disiapkan antaranya merangkumi perkhidmatan bangunan, kemasan seni bina dan landskap.
"Saya amat berbesar hati melihat tahap kemajuan ini, dan saya yakin Fasa Dua Laluan Putrajaya ini dapat mula beroperasi seperti yang disasarkan pada Januari 2023.
Pembinaan Laluan MRT Putrajaya ini tepat pada masanya kerana ia menjadi pemangkin penting dalam pemulihan ekonomi negara dengan membolehkan ramai pekerja dapat kembali bekerja dan kembali menjalani kehidupan normal, " katanya dalam sidang media selepas melawat tapak persilangan MRT Hospital Kuala Lumpur yang turut disertai Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Sementara itu Wee berkata bagi pembinaan MRT laluan Putrajaya Fasa Satu pula, 99.9 peratus telah siap dan dijangka dilancarkan pada hujung bulan depan.
MRT Laluan Putrajaya (sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) meliputi jajaran sepanjang 56.2 kilometer dan mempunyai 36 stesen, untuk kedua-dua fasa, bermula dari stesen Kwasa Damansara ke Putrajaya.
Terdahulu Wee dalam ucapannya berkata kementeriannya telah bekerja keras untuk membuka kembali sektor-sektor industri pengangkutan lain antaranya pelabuhan, logistik dan pengangkutan udara, untuk mendukung usaha kerajaan ke arah pemulihan negara.
"Namun ia harus dilaksanakan dengan sangat berhati-hati untuk memastikan keselamatan orang ramai. Sehubungan itu kementerian saya akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan langkah berjaga-jaga perlu dilaksanakan dengan tegas oleh semua pihak dalam industri pengangkutan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wee Ka Siong
#MRT
#Putrajaya
#Transit Aliran Massa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan