awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

MSM sambut baik penjelasan mekanisme pengecualian SST bagi gula mentah

Bernama
Bernama
20/06/2025
15:45 MYT
MSM sambut baik penjelasan mekanisme pengecualian SST bagi gula mentah
Menurut MSM, peningkatan kos input tersebut boleh memberi kesan langsung terhadap struktur harga gula bertapis, yang mungkin mendorong kepada kenaikan harga untuk pembeli industri. - Gambar msmsugar.com
KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), pengeluar jenama gula bertapis nasional "Gula Prai", menyambut baik penjelasan yang dikeluarkan hari ini oleh Kementerian Kewangan berhubung Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas import gula mentah.
Kenyataan kementerian itu hari ini mengesahkan walaupun SST lima peratus akan dikenakan ke atas gula mentah - bahan utama untuk penghasilan gula bertapis - pihak pengilang gula bertapis boleh memohon pengecualian cukai di bawah syarat yang ditetapkan.
MSM menerusi satu kenyataan hari ini berkata penjelasan ini susulan kenyataan MSM terhadap potensi tekanan kos yang ketara akibat peluasan SST, seperti yang dibangkitkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 19 Jun, 2025.
Menurut kumpulan itu, peningkatan kos input tersebut boleh memberi kesan langsung terhadap struktur harga gula bertapis, yang mungkin mendorong kepada kenaikan harga untuk pembeli industri.
"Kami menghargai perhatian segera Kementerian Kewangan terhadap perkara ini serta pengesahan mengenai laluan yang tersedia untuk pengeluar gula bertapis yang layak mendapatkan pengecualian.
"Ini amat penting memandangkan persekitaran operasi yang mencabar, di mana harga runcit gula kekal dikawal pada RM2.85 sekilogram sejak 2011, walaupun kos gula mentah global telah meningkat secara ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#gula mentah
#SST
#kesan langsung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami