awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MTL: APM tugaskan 900 keanggotaan di seluruh Kelantan

Bernama
Bernama
09/11/2024
15:45 MYT
MTL: APM tugaskan 900 keanggotaan di seluruh Kelantan
Pengarah APM Kelantan Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab bercakap berkenaan persediaan APM Kelantan menghadapi musim banjir pada Program 'Community Outreach and Disaster Preparedness' anjuran I-Reach Malaysia. - Foto BERNAMA
TUMPAT: Sebanyak 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan ditugaskan sepanjang musim Monsun Timur Laut di negeri ini.
Pengarah APM Kelantan Kol Mohd Adzhar Mujab berkata kesemua anggota ditempatkan di 10 daerah di Kelantan untuk bersiap-sedia menghadapi banjir tahun ini.
"Sekarang ini, APM telah meminta pejabat APM di semua daerah untuk mengaktifkan bilik gerakan dan mempersiapkan keseluruhan logistik untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir di luar jangkaan.
"Apabila bermula hujan dan ada potensi banjir, anggota kita akan melakukan rondaan untuk bertindak pantas memindah dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang terlibat banjir di sesuatu kawasan," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program Community Outreach and Disaster Preparedness di Kampung Pulau Besar, di sini hari ini.
Mohd Adzhar berkata APM juga telah mengenal pasti sebanyak 617 kawasan hot spot banjir di Kelantan bagi memudahkan pegawai dan anggota APM untuk memberi tumpuan operasi menyelamat.
Beliau berkata APM menjalani latihan setiap minggu bersama agensi lain bagi memastikan anggota bersiap siaga menghadapi banjir tahun ini.
"Kita juga mengambil kira padangan atau ramalan tradisional banjir besar akan berlaku 10 tahun sekali, kita tidak boleh pandang mudah," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#MTL
#monsun timur laut
#APM
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan