Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dinaikkan kepada RM1,000 dan berharap perkara itu akan dipersetujui sebulat suara oleh Kabinet.
Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata, kesatuan tersebut juga berharap cadangan itu tidak akan menjadi satu lagi kajian yang mengambil masa lama sebelum dilaksanakan.
"Perkara ini tidak memerlukan pindaan undang-undang, hanya keputusan Kabinet dan surat pekeliling dalaman sebaik sahaja Kementerian Kewangan memperoleh dana.
"Justeru, tidak perlu maklum balas atau kajian yang lama kerana JKM ada pangkalan data mereka yang layak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabtu lepas, Muhyiddin mengusulkan agar bantuan bulanan JKM yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkkan kepada RM1,000 dan cadangan akan dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu ini.
Solomon turut menggesa kabinet memanjangkan bantuan kebajikan itu kepada dua lagi kategori iaitu penerima pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan pencen kurang daripada RM2,000 sebulan dan pekerja daripada kumpulan B40 dengan gaji bulanan kurang daripada RM4,000.
Untuk pekerja kumpulan B40, bantuan ini hanya sehingga pandemik COVID-19 terkawal dan vaksin ditemukan, namun bagi penerima pencen Perkeso, bantuan haruslah diberikan secara tetap, katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 01 2020
J Solomon berkata, MTUC juga berharap cadangan itu tidak akan menjadi satu lagi kajian yang mengambil masa lama sebelum dilaksanakan. - Gambar hiasan
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Perlu isyhtihar jika bawa lebih S$20,000
: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih 20 Ribu Dolar Singapura atau bersamaan dalam mata wang asing.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
G7 tekad, untuk redakan perang di Asia Barat, Ukraine-Rusia
Isu peperangan di Ukraine dan Asia Barat mendominasi mesyuarat Menteri Luar Kumpulan G7,terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Lari fokus, abai kesihatan antara masalah utama jemaah
Beberapa masalah jemaah haji Malaysia, antaranya terlalu tumpukan kepada ibadat sunat dan abai soal kesihatan dikumpul hasil pemerhatian bekas petugas Tabung Haji (TH) sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat. Namun, semua masalah ditangani secara bijak oleh petugas TH yang menggalas tanggungjawab.
Bayaran bantuan bulanan JKM bagi Mei 2022 diawalkan sempena Aidilfitri - KPWKM
Bayaran bantuan bulanan itu dipercepatkan sempena perayaan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
Bantuan bulanan JKM RM1,000 akan dilaksanakan segera - Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin beri jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200 hingga RM300 sekarang.
MTUC harap Kabinet lulus usul naikkan bantuan JKM kepada RM1,000
MTUC sambut baik cadangan Perdana Menteri agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM1,000.
Bantuan bulanan kepada nelayan diteruskan - Salahuddin
Tun Dr Mahathir Mohamad didapati merujuk kepada pemberian insentif sekali sahaja (one-off cash incentives) ketika pentadbiran BN.
Johor bakal muncul pengeluar lembu daging terbesar negara
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata beliau akan mengemukakan cadangan berkenaan kepada Kabinet bagi mendapatkan kelulusan segera.
PM Najib sampaikan bantuan bulanan RM10.2 juta kepada 2,795 penerima di Temerloh
Pada majlis yang berlangsung di Masjid Baharu Daerah Temerloh, penerima terdiri daripada 1,229 warga emas, kanak-kanak (608), pekerja cacat anggota (508) dan orang kurang upaya (OKU) (447).