MUAR: Muafakat Nasional (MN) masih belum berkubur dan tidak ada mana-mana parti yang mengisytiharkan pembubarannya, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurutnya status MN akan dilihat semula selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
"Belum ada kubur, belum ada batu nisan dan tiada siapa mengisytiharkan Muafakat Nasional ditamatkan. Secara prinsipnya, walaupun dia tak nampak hidup tapi dia tak mati, statusnya sebagaimana ada," katanya pada kempen calon Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram malam tadi.
Tuan Ibrahim berkata mesyuarat peringkat induk MN juga sudah beberapa bulan tidak diadakan, namun di peringkat Kabinet, parti-parti terlibat masih mendukung kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata pada masa ini agenda MN tidak dibincangkan dan tumpuan kini diberikan kepada PRN Johor.
"... jadi sekarang ni kita tak bincanglah MN ni, MN kita tutup fail dulu sementara kita hadapi pilihan raya bersama kekuatan di dalam Perikatan Nasional... kita tak perlu toleh belakang, kita terus ke depan," katanya
MN adalah gabungan kerjasama Pas dan UMNO yang dicetuskan hasil Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022
Tuan Ibrahim (kanan) dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Saifuddin Abdullah (kiri) hadir pada Ceramah Umum DUN Simpang Jeram sempena PRN Johor di Bilik Gerakan PN Simpang Jeram, Muar malam tadi. -- fotoBERNAMA
AWANI Tonight: PM launches National AI Office
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim launches the national artificial intelligence office today, with the aim to position Malaysia as a regional AI hub.
AWANI Tonight: Australia to charge tech companies for news content
Australia is set to introduce new rules that will penalise big tech companies if they don't compensate Australian media outlets for news content on their platforms.
Lebih RM75.9 juta kerugian akibat penipuan dalam talian dilaporkan di Melaka
Lebih RM75.9 juta kerugian dilaporkan akibat penipuan dalam talian di Melaka, membabitkan 1,845 kes setakat 10 Dis lalu.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya. Jelasnya, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi. #DialogTigaPenjuru
HTS perlu perkenalkan identiti bangsa, menggantikan Baathisme - Pakar
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata kerajaan baharu Syria pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) perlu mencapai kata sepakat mengenai identiti dan ideologi baharu bangsa itu. Jelasnya, aliran Baathisme yang di bawa oleh rejim Assad yang berakar di Syria jelas mempunyai kelemahan tersendiri. #DialogTigaPenjuru
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Kerajaan baharu Syria perlu selesaikan isu pelarian dalaman - Pakar
Profesor Pengajian Keselamatan dan Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata isu 6.9 juta pelarian dalaman perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan baharu Syria. Jelasnya, ini merupakan antara cabaran besar yang bakal menguji keupayaan kerajaan baharu pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS). #DialogTigaPenjuru
Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.
GISB: Tidak boleh semberono ambil tindakan - Zulkifli
Senator Zulkifli Hasan berkata, kes terbabit melibatkan banyak pihak dan perlu mengikut garis panduan ditetapkan setiap pihak berkuasa.
Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim
Beliau berkata, pihak yang ingin melihat bajet alternatif perlu menunggu sehingga Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan.
Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.
Pas mahu tawan Pahang, beri fokus sokongan bukan Islam
Keputusan pucuk pimpinan memilih Pahang adalah isyarat serius Pas mahu mengiringi pentadbiran Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Isu rakyat Palestin dijangka jadi inti pati utama Muktamar Pas ke-70
Nasib umat Islam di Palestin antara isu utama yang dijangka dibawa dalam Muktamar Pas ke-70 yang akan berlangsung di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh pada 11 hingga 15 Sept ini.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PRK Sungai Bakap: Calon PN diumum 16 Jun ini - Tuan Ibrahim
Calon mewakili Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap akan diumumkan pada 16 Jun ini.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.