BINTULU: Muak, geram dan berang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas tidak mahu lagi wujud status projek-projek sakit di negeri itu.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan berharap pelbagai langkah dan strategi dapat melaksanakan bagi mengekang berlakunya projek sakit di negeri ini.
“Kerana itu, pihak kementerian dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri merancang untuk mengadakan seminar, seterusnya mengemukakan cadangan untuk mengurang dan menamatkan projek-projek sakit ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mendengar Taklimat Pelaksanaan Projek Pembangunan dan Masalah di Bahagian Bintulu di pejabat JKR di sini pada Jumaat.
Tegas Uggah, penting untuk semua pihak kini menyediakan program dan prosedur operasi Standard (SOP) untuk memastikan sifar projek sakit pada tahun-tahun akan datang.
“SOP ini akan membolehkan kita bertindak segera dan tepat pada masanya terhadap mana-mana projek yang berpotensi bermasalah.
"Apabila kita boleh menyiapkan projek seperti yang dijadualkan ia akan memberikan imej baharu dan positif kepada kementerian dan jabatan," ujarnya sambil memperingatkan pegawai kementerian dan jabatan bahawa kerajaan Gabungan Parti Sarawak mempunyai harapan yang sangat tinggi terhadap kejayaan sistem penyampaian itu.
“Kita mempunyai banyak projek yang perlu dilaksanakan dan tujuannya adalah sebagai perkhidmatan kepada rakyat.
“Jangkaan kerajaan adalah untuk kita menyampaikannya dan siap seperti yang dijadualkan.
"Adalah biasa jika rakyat kecewa dan marah apabila projek-projek ini lewat.
Pada masa yang sama katanya lagi, pertumbuhan ekonomi negeri juga bergantung kepada keupayaan MIPD dan JKR negeri untuk membelanjakan wang yang diperuntukkan untuk projek infrastruktur negeri.
"Kita mesti boleh membelanjakan dana yang diperuntukkan seperti yang diharapkan," jelasnya lagi.
Hadir sama timbalan menterinya Datuk Majang Renggie; Setiausaha Tetap MIPD Chiew Chew Yaw, Residen Bintulu Datu Jack Aman dan Ketua Projek JKR Meehan Jorai.
Dalam kunjungan ini, Uggah turut melawat tapak cadangan jambatan bernilai RM89.7 juta di Batang Kemena dan pusat pentadbiran baru Bahagian Bintulu di Jepak yang bernilai RM117.9 juta.
Rudi Affendi Khalik
Sat Aug 20 2022
Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika membuat kunjungan ke tapak cadangan jambatan bernilai RM89.7 juta di Batang Kemena. - Astro AWANI
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Cuaca panas, kering: JPBN Sarawak akan bermesyuarat - Uggah
Mesyuarat itu akan memberi tumpuan perbincangan dan usaha pencegahan kejadian jerebu.
Muak, cukup-cukuplah projek sakit! - Uggah
Tegas Uggah, penting untuk semua pihak kini menyediakan program dan SOP untuk memastikan sifar projek sakit pada tahun-tahun akan datang.
Isi biji dabai sehebat pistachio dapat jadi produk baharu Sarawak
Sebelum ini dabai hanya dikenali kerana keenakan isinya yang menjadi satu produk unik dari Sarawak.
PRN Sarawak: Pertembungan tiga penjuru di DUN Bukit Saban
Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya, Charlie Keling mengumumkan nama-nama calon selepas Penamaan Calon tamat pada jam 10 pagi.
Sarawak sekat import babi, produk babi dari Sabah
Uggah nasihatkan orang ramai di Sarawak supaya tidak membeli atau membawa masuk babi serta produk babi dari Sabah atau negara-negara jiran.
Rabies: Laporkan jumlah anjing di premis - Uggah
Semua pemilik ladang di Sarawak perlu melaporkan jumlah keseluruhan anjing kepunyaan pekerja mereka, termasuk yang berkeliaran, di premis kediaman masing-masing.
Pelbagai skim pertanian bantu tingkat ekonomi rakyat luar bandar
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan akan terus berusaha menambah pendapatan rakyat luar bandar dengan mengadakan pelbagai program pertanian serta rancangan e
Tujuh persetujuan dicapai dalam mesyuarat Petronas dan Sarawak
Tujuh persetujuan berhubung pengambilan lebih ramai anak tempatan Sarawak dalam Petronas dicapai secara baik dalam mesyuarat antara kerajaan negeri Sarawak dan Petronas di Pejabat Perdana Menteri.