IPOH: Masalah memuat turun bahan dan kandungan internet hingga mengambil masa begitu lama, tidak seharusnya berlaku ketika negara kini bergerak ke arah pembangunan teknologi 5G, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata agensi atau pemain industri yang berkaitan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) perlu turun padang, untuk memastikan masalah kelajuan internet ini diatasi dari pelbagai sudut, termasuk pelantikan kontraktor dan menambah baik menara telekomunikasi.
"Ada banyak tempat yang saya buat ujian kelajuan dan didapati memang rendah seperti di Felda Kahang Barat, Kluang, Johor sebelum ini, hanya 12 Mbps sahaja.
"Bagaimana pelajar ingin memuat naik bahan kalau asyik keluar 'donat', dan berputar sahaja?
"Kesian juga peniaga dalam talian, kerana berbuih kita berkempen untuk perniagaan dalam talian, tetapi internet sendiri tidak 'clear'.
"Kita tidak boleh menjadi kerajaan yang bercakap sahaja, tetapi tidak nampak hasilnya.
"Kita kena pastikan kerajaan berprestasi dalam setiap bidang. Apa guna kita bercakap itu ini, tetapi rakyat masih tunggu perkhidmatan internet yang memuaskan?
"Kehidupan kini tidak akan lengkap dan sempurna tanpa internet yang bagus, " katanya ketika berucap dalam satu majlis iftar di sini pada Rabu.
Annuar turut memberikan contoh, akan pentingnya melantik kontraktor yang bersesuaian agar Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan, supaya matlamat akhir untuk mencapai 100 peratus liputan internet di seluruh negara, diyakini akan terlaksana.
Beliau berkata ini kerana adalah penting bagi memastikan pihak yang dilantik ini, menyiapkan pelan yang dirancang sebaik-baiknya, supaya hasrat menyediakan perkhidmatan 100 peratus capaian internet kepada kawasan berpenduduk menjelang 2025, akan dapat dijayakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022
ANNUAR: Masalah memuat turun bahan dan kandungan internet hingga mengambil masa begitu lama, tidak seharusnya berlaku ketika negara kini bergerak ke arah pembangunan teknologi 5G. -Bernama
AWANI Tonight: The US Senate approves bill to ban TikTok
The US Senate has approved a controversial landmark bill that could see TikTok banned in America, with President Joe Biden saying he would sign it into law as soon as it reaches his desk.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
AWANI Tonight: 24 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis
Tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.
MITI sedia pelan induk komprehensif semikonduktor pada Mei - Tengku Zafrul
Majlis Pelaburan Negara gesa agar satu pelan peringkat tertinggi industri semikonduktor diwujudkan, yang disifatkan sebagai industri kritikal serta strategik bagi ekonomi negara.
10 Berita Pilihan - (24 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.