SHAH ALAM: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengakui berdepan masalah untuk memenangi undi daripada rakyat berumur lingkungan 40 hingga 55 tahun.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, bagaimanapun MUDA mempunyai kelebihan menerusi sokongan dalam kalangan pengundi lebih muda dan lebih tua daripada umur tersebut.
Menurutnya, ia sekali gus membuktikan politik khidmat dan dasar yang dibawa MUDA bukan berdasarkan umur semata-mata.
"Kita akui kita ada sedikit masalah dalam memenangi undi dalam lingkungan umur 40 hingga 55 tahun... Tapi yang sangat muda sangat sokong, sangat tua juga menyokong.
"Kalau kita lihat kerusi (Parlimen) Muar, (DUN) Puteri Wangsa, peratusan sokongan MUDA ini bukan sahaja datang daripada anak muda. Apa yang mengejutkan adalah peratusan sokongan dalam kalangan orang tua atas 60 tahun.
"Mengapa? Kerana politik yang MUDA ketengahkan bukan politik berdasarkan umur semata-mata. MUDA itu sendiri adalah tentang politik baharu yang segar.
"Politik berpaksikan khidmat dan dasar...dan apabila mereka lihat kita bicarakan isu-isu dasar, solusi kepada masalah rakyat, ia merentasi faktor umur, bangsa dan agama," katanya menerusi hantaran video di Facebook.
Ahli Parlimen Muar itu menambah, MUDA mahu memberi fokus dalam meningkatkan imej Malaysia sebagai negara majoriti Islam yang lebih maju dan diiktiraf seantero dunia, khususnya menjadi yang terunggul di Asia Tenggara.
"MUDA nak berikan lonjakan paradigma supaya Malaysia menjadi negara yang maju, negara membangun di mana semua rakyatnya tidak kira umur bangsa dan agama melihat negara ini sebagai rumah mereka.
"Mereka ada pendapatan yang baik, pekerjaan yang baik, ada sistem pengangkutan yang baik, isu perubahan iklim dapat ditangani dengan baik," katanya.
Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan pandangan penganalisis politik yang menyifatkan semangat dimiliki MUDA untuk bertanding secara solo pada pilihan raya negeri (PRN) di semua enam negeri terlibat tidak mencukupi untuk mencapai kemenangan.
Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, keberadaan MUDA bukan sebagai blok ketiga sebaliknya hanya ‘penambah perisa’ dan tidak akan membawa impak besar yang mencipta kejutan.
Katanya, komitmen MUDA yang mahu membawa budaya politik baharu dan menolak budaya politik tua tidak akan menjadi ‘faktor X’ menggamit perhatian pengundi PRN untuk memihak kepada mereka.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Kartini Aboo Talib@Khalid turut mengakui, penampilan MUDA dalam PRN enam negeri tidak cukup kuat untuk menjadi blok ketiga yang mampu menggugat PH atau PN.
Katanya, MUDA tidak memiliki kekuatan diperlukan bagi menjadi blok ketiga, tambahan pula parti terbabit tidak berada dalam mana-mana permuafakatan politik. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 02 2023
Syed Saddiq berkata, bagaimanapun MUDA mempunyai kelebihan menerusi sokongan dalam kalangan pengundi lebih muda dan lebih tua daripada umur tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun - NCSM
Sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pesakit kanser baharu adalah dalam kalangan mereka yang berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.
Pupuk rasa 'muda', pejabat bina gelongsor untuk pekerja
Seiring peningkatan usia dan perlu menjalani tanggungjawab menjadi dewasa, kadangkala sukar untuk mengekalkan tenaga seperti zaman muda dahulu.
MADA aktifkan Pelan Persediaan Banjir hadapi fenomena La Nina
Pada September 2022 hingga Februari 2023, Perlis diramal menerima taburan hujan antara 200-300mm dan Kedah, antara 290-440mm.
Undi18 harap pemilihan Exco muka baharu, muda jadi ikutan negeri lain
Tharma Pillai berharap pemilihan orang muda dan muka baharu sebagai exco kerajaan negeri di Johor akan menjadi ikutan negeri-negeri lain mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Isu kecekapan orang muda tidak akan timbul, jentera Johor sudah sedia cekap- Exco Agama Johor
Exco kerajaan negeri Johor kalangan orang muda yang baharu dilantik akan saling melengkapi dan memberi idea baharu bagi menambahbaik kecekapan pentabiran negeri.
PRN Johor: PKR umum calon Kempas dan Larkin, beri bayangan rundingan dengan Muda tidak menjadi
Anwar telah mengumumkan calon PKR untuk lima kerusi, iaitu Larkin, Kempas, Bukit Batu, Tiram, dan Pasir Raja.
Kerjasama Warisan-Muda bukan ancaman kepada PH - Mohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menganggap kerjasama yang terjalin di antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bukan ancaman.
MUDA dibenar cabar tindakan menteri, RoS berhubung pendaftaran parti
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.
Anda hadapi masalah rambut beruban? Ini petua guna daun pokok rambutan
Cara merawat masalah rambut beruban dengan hanya menggunakan daun pokok rambutan. Ikuti perkongsian dalam artikel ini.
Wan Ahmad Fayhsal nafi 'ugut' Syed Saddiq, anggap seperti adik sendiri
Wan Ahmad Fayhsal berkata, pertemuan baru-baru ini bukan untuk membuat tawaran atau ugutan kepada Syed Saddiq.