SHAH ALAM : Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu memerintahkan aktivis T. Arunakirinathan membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berhubung kenyataan fitnah melalui hantaran Facebook tiga tahun lepas.
Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Ishak Bakri membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan Mohd Asri sebagai plaintif dalam saman fitnah yang difailkannya terhadap Arunakirinathan selaku defendan.
Beliau juga mengarahkan Arunakirinathan untuk membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Mohd Asri serta faedah lima peratus setahun atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.
“Setelah mendengar keterangan saksi-saksi dan mempertimbangkan hujah-hujah kedua-dua pihak, mahkamah mendapati plaintif telah berjaya membuktikan kes plaintif terhadap defendan,” kata hakim itu.
Media memperoleh maklumat keputusan itu menerusi laman web sistem e-filing mahkamah dan juga peguam plaintif Meor Amir Meor Omar Baki. Arunakirinathan diwakili peguam S. Dyna Sri.
Mahkamah membuat keputusan itu melalui e-mel yang disampaikan kepada peguam plaintif dan defendan.
Ishak dalam penghakimannya turut mengarahkan Arunakirinathan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Mohd Asri secara bertulis dalam berita akhbar utama pilihan mufti itu.
Beliau juga memerintah permohonan maaf yang sama dibuat defendan melalui dua akaun Facebook defendan dan menarik balik kedua-dua hantaran fitnah tersebut termasuk mana-mana hantaran yang memetik plaintif secara langsung atau tidak langsung.
Selain itu, mahkamah juga membenarkan suatu injunksi kekal menghalang Arunakirinathan daripada bercakap, menerbitkan, menghasut bagi tujuan penerbitan atau menyebabkan penerbitan sebarang hantaran yang memfitnah dan merujuk kepada Mohd Asri sama ada secara lisan atau bertulis.
Pada 25 Februari 2019, Mohd Asri memfailkan saman itu berdasarkan hantaran yang dibuat oleh Arunakirinathan dalam akaun Facebook Arunakiri Nathan pada 26 dan 27 Nov 2018 yang antara lain mendakwa bahawa Mohd Asri ingin menghancurkan kuil-kuil dan terlibat dalam penculikan seorang pastor.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 28 2021
Hakim turut mengarahkan Arunakirinathan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Mohd Asri (gambar) secara bertulis dalam berita akhbar utama pilihan mufti itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Menantu lelaki Raja Perlis meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia pada 7.26 pagi akibat komplikasi buah pinggang.
GEGAR raikan cinta Sabri Yunus dan Angeline Tan
Majlis diadakan sebagai penghargaan kepada Sabri Yunus yang popular dengan watak Pok Ya selaku penggiat seni budaya Pantai Timur yang juga sinonim dengan jenama radio GEGAR.
Nikah tetap sah walaupun pengantin lelaki sebut 'Aku terima' atau 'Aku reda' - Zulkifli
Perbahasan mengenai perkara itu dihuraikan panjang lebar menerusi artikel terbaharu Zulkifli menerusi laman web Maktabah Albakri.
Ijab kabul ringkas Sabri, Angeline sah - Mufti Perlis
Mohd Asri menjelaskan lafaz kabul ringkas oleh pelakon veteran, Sabri Yunus merupakan bukti bahawa Islam itu mudah dan sah di sisi Islam.
Alif Satar, isteri berlepas ke Makkah tunai haji
"Terima kasih Allah, terima kasih yang tidak terhingga kerana doa Alif dimakbulkan."
JAIPs panggil Ustaz Wadi beri keterangan mengajar tanpa tauliah
Pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, pada Khamis.
Ibu Dr MAZA meninggal dunia
Perkara itu dimaklumkan sendiri Mohd Asri di laman sosialnya.
Zamihan gagal dalam samannya terhadap Mufti Perlis
Zamihan gagal dalam tuntutan samannya terhadap Mohd Asri yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah menerusi dua artikel.
Bon Odori: Mufti Perlis beri dua cadangan kepada penganjur
Isi sambutan festival itu tidak bersifat keagamaan dengan tidak memasukkan unsur khurafat atau syirik dan tiada ritual yang mewakili kepercayaan tertentu.
Mesin permainan anak patung kanak-kanak termasuk kategori judi - Mufti Perlis
Mesin permainan anak patung kanak-kanak atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam kategori perjudian iaitu al-Maisir.