awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Ridzwan akan menyerah diri

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2013
01:59 MYT
Muhammad Ridzwan akan menyerah diri
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia (Al-Ehsan Islamiah), Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman akan menyerah diri untuk membantu siasatan polis hari ini.
"Saya akan memberi kerjasama dengan polis," kata Muhammad Ridzwan yang dipetik media tempatan.
Muhammad Ridzwan juga akui beliau ada menyalurkan dana kepada masyarakat Islam Sulu di Filipina, namun ia bukanlah bertujuan untuk kumpulan pengganas Sulu yang terlibat dengan pencerobohan di Sabah.
Beliau juga menegaskan bahawa dana yang disalurkan adalah untuk pewaris ‘kesultanan Sulu', dan bukan Jamalul Kiram III.
“Dana yang disalurkan adalah perkara biasa yang kami lakukan untuk membantu negara Islam dan masyarakat Islam di sana. Tiada kaitan dengan pengganas Kiram,” kata beliau yang dipetik media tempatan.
Tambah Muhammad Ridzwan, beliau akan memberi kerjasama dengan pihak polis.
“Saya hanya mengetahui dikehendaki polis selepas dihubungi rakan. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis di Kedah,” kata beliau kepada akhbar Harian Metro.
Di sidang media yang berlangsung di Lahad Datu pada hari Ahad, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan negara di Sabah sedang menjejaki Muhammad Ridzwan bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu, Sabah.
“Kami mendapat tahu bahawa Muhammad Ridzwan ini berasal dari Pulau Pinang dan jawatannya yang terakhir dikenalpasti sebagai Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia. Selain daripada gambarnya, kami tidak mempunyai banyak maklumat berhubung lelaki ini,” kata Hamza.
Topic Berkaitan
#Al-Ehsan Islamiah
#kesultanan sulu
#Ridzwan Sulaiman
#Sulu
#Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan