Mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan, politik dan ekonomi merupakan tanggungjawab setiap anggota masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata komitmen, kesungguhan dan kerja keras semua pihak telah meletakkan Malaysia gah di mata dunia, terutamanya dari segi mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Katanya, erti sebenar kedaulatan adalah apabila rakyat sesebuah negara yang merdeka mampu menentukan sendiri nasib masa depan dan negara tanpa perlu tunduk kepada tekanan mana-mana pihak .
"Marilah kita sama-sama mengorak langkah mempertahankan kemerdekaan tanah air kita supaya kedaulatan Malaysia sentiasa dihormati dan negara kita dipandang tinggi di mata dunia.
"Saya yakin Malaysia yang merdeka kini berada di landasan yang betul hasil kerjasama dan toleransi antara rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini," katanya dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan yang ke-56, yang akan disambut Sabtu.
Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini yang bertema 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku" bermula dengan acara Ambang Merdeka 2013 menunggu detik 12 malam tanda tibanya 31 Ogos di Pusat Maritim, Putrajaya malam tadi, diikuti perbarisan yang akan berlangsung di Dataran Merdeka di sini, pagi ini.
Muhyiddin turut mengajak rakyat untuk sama-sama menghayati maksud kemerdekaan yang sebenar dan menerapkan semangat kemerdekaan di jiwa masing-masing.
Timbalan Perdana Menteri berkata perkara penting yang perlu sentiasa diingati adalah bukan mudah bagi mereka yang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara.
"Saya mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan tanah air yang ke-56 dan berdoa agar negara kita dan rakyat keseluruhannya akan dapat terus hidup dalam suasana aman harmoni dan terus maju jaya," katanya.
Astro Awani
Fri Aug 30 2013
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Sabah tetap pertahan kedaulatan dalam Malaysia - Hajiji
Walau pernah diuji dengan pelbagai ancaman dan situasi namun semua itu tidak melemahkan semangat serta iltizam rakyat untuk terus mempertahan Negeri Di Bawah Bayu.
Aset ketenteraan baharu bantu negara bersedia pertahan kedaulatan, hadapi isu Laut China Selatan
Mohamed Khaled berkata, TLDM dijangka menerima kapal pertama LMS dari Turkiye pada Oktober 2027, manakala penghantaran pertama bagi LCS pada 2026.
Negara anggota GCC ulangi sokongan kedaulatan Magribi ke atas Sahara
GCC turut menyokong inisiatif autonomi yang merupakan penyelesaian kepada konflik Sahara dalam kerangka kedaulatan kerajaan dan integriti negara dan wilayah.
[KOLUMNIS] Kepulauan Cocos (Keeling) dan Pulau Krismas: Kedaulatan yang tidak kesampaian
Sekiranya wilayah-wilayah ini menjadi milik Malaysia, bayangkan betapa luasnya wilayah maritim yang boleh dituntut oleh negara.
Najib dipenjara: Keputusan bukti UMNO junjung kedaulatan undang-undang - Pemuda UMNO bahagian
Meskipun perdana menteri sedia ada datangnya daripada UMNO, tetapi tidak ada usaha-usaha untuk menggugurkan kes yang sedang berjalan.
Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja adalah prerogatif Agong - Pengarah Itkas
Tindakan mana-mana pihak yang mempertikai prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil perbincangan khas menunjukkan pengabaian kepada prinsip kedaulatan negara dalam pentafsiran Perlembagaan.
Israel, Maghribi setuju pulihkan hubungan -Trump
Maghribi menjadi negara keempat yang memulihkan hubungan dengan Tel Aviv selepas Sudan pada Oktober lalu.
Gerakan demokrasi Thailand gesa Jerman siasat Raja Vajiralongkorn
Mereka mendakwa, tindakan oleh Raja itu boleh menjadi kesalahan kerana melanggar hak kedaulatan Jerman.
Kekalkan kemerdekaan negara yang dinikmati sejak 63 tahun lalu - PM
Rakyat Malaysia diseru supaya mengekalkan kemerdekaan negara yang telah dinikmati sejak 63 tahun lalu.
Kedah jangka terima lebih banyak pelaburan dari China - Mukhriz
Katanya selepas mengunjungi negara tersebut dua kali baru-baru ini, beliau mendapati nama Malaysia dan Kedah mempunyai reputasi yang baik dan sering disebut-sebut oleh pemimpin China selain rakyatnya.