Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dibenarkan meninggalkan Hospital Mount Elizabeth di sini hari ini setelah selesai melakukan pembedahan dan menerima rawatan.

“Beliau akan berehat sementara bersama keluarga,” menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Dalam Negeri, Hafiz Abdul Halim dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman Facebook rasmi Muhyiddin Yassin.

Hafiz mengucapkan penghargaan kepada semua doktor, jururawat serta staf hospital tersebut.

“Terima kasih juga kepada semua yang telah mendoakan kesihatan dan meluangkan masa melawat YB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin semasa beliau di sana,” katanya lagi.