awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin didakwa di mahkamah hari ini

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2023
00:20 MYT
Muhyiddin didakwa di mahkamah hari ini
Muhyiddin semalam hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM selama lapan jam. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Difahamkan sejumlah tujuh pertuduhan akan dibuat ke atas bekas Perdana Menteri itu.
Pendakwaan ini disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pada Khamis.
Muhyiddin semalam hadir memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu selama lapan jam.
Dalam kenyataan di akaun Facebook miliknya, Muhyiddin memaklumkan keterangan beliau antaranya menyentuh dua perkara.
Pertama, projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa atau Jana Wibawa.
Kedua, isu kelulusan pembatalan cukai ke atas Yayasan Albukhary.
SPRM sebelum ini telah membekukan akaun parti Bersatu dan beberapa individu termasuk bekas Ketua Penerangan Parti itu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad.
Wan Saiful dan Adam kini berdepan pendakwaan berkaitan projek Jana Wibawa.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Jana Wibawa
#SPRM
#dakwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan