Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri selepas beliau membangkitkan terlalu banyak soalan berkaitan dengan dana kekayaan berdaulat, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pada tahun 2015.
Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, 64, berkata bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga dipecat dari jawatannya pada Julai 2015 disebabkan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak telah hilang keyakinan terhadap ketua penasihat undang-undangnya.
Ali semasa menjelaskan perkara itu berkata Muhyiddin yang merupakan Menteri Dalam Negeri ketika itu telah lantang bersuara di dalam kabinet sebelum beliau dipecat.
"Apabila duduk dalam mesyuarat kabinet, kami dapat lihat ada perbalahan, kebanyakannya dari satu pihak sahaja, Muhyiddin yang membangkitkan banyak persoalanan dalam kabinet, kami tahu ada sesuatu yang dibangkitkan,” katanya.
Saksi keempat pendakwaan itu berkata demikian semasa disoal oleh ketua pendakwaan Datuk Seri Gopal Ram di hari kedua perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy, berhubung dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB.
Ditanya reaksi tertuduh terhadap semua soalan yang dibangkitkan oleh Muhyiddin, saksi itu berkata Najib kelihatan tenang semasa mesyuarat kabinet dan ada sesetengah soalan dijawabnya, dan sesetengahnya dijawab oleh menteri kewangan kedua.
Ditanya apa terjadi kepada Muhyiddin selepas beliau bertanya semua soalan-soalan itu, Ali berkata “Saya rasa beliau dipecat dari jawatannya”.
Sri Ram: Anda (ketika itu) adalah Ketua Setiausaha kepada kabinet .. kepada negara.. kepada kerajaan. Anda memberi bukti bahawa Muhyiddin bertanyakan soalan berhubung 1MDB di dalam kabinet, dan jawapan juga telah diberikan. Anda juga sebentar tadi berkata dia (Muhyiddin) dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, adakah anda mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai fakta-fakta yang berkaitan pemecatan itu
Ali: Kenyataannya, dan juga pemecatan itu.. ia di luar pengetahuan saya kerana ia adalah hak prerogatif perdana menteri (Najib).
Semasa diminta memberi penjelasan mengenai suasana keadaan semasa Abdul Gani meninggalkan pejabatnya, saksi itu berkata “perdana menteri telah hilang keyakinan terhadapnya”.
“Sebenarnya selepas saya menyerahkan surat kepada Gani Patail, dan beritahu dia dipecat dari jawatan peguam negara, katanya beliau sudah menjangka ia akan berlaku. Ada dua peringkat proses bagi memecat Abdul Gani. Pertama surat kepada Yang di-Pertuan Agong memaklumkan mengenai pemecatan itu, dan diikuti dengan sepucuk surat dari Najib yang dialamatkan kepada Abdul Gani bagi memaklumkan mengenai pemecatannya.
"Saya dipanggil oleh Najib untuk menandatangani surat itu dan memberikannya kepada Abdul Gani, dan diarah memberitahunya mengenai pemecatan, di samping melarang beliau daripada membawa apa-apa dokumen keluar dari pejabat,” katanya.
Sri Ram: Tahukah anda apa yang mendorong kepada hilang keyakinan (terhadap Abdul Gani) itu
Ali: Pada masa itu ada beberapa isu berhubung timbalan perdana menteri ketika itu, Muhyiddin. Saya dimaklumkan oleh Najib bahawa Abdul Gani dan Muhyiddin bertemu di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur. Itu mungkin sesuatu yang boleh menjadi isu.
Media sebelum ini melaporkan bahawa Abdul Gani dikatakan sedang menyediakan pertuduhan berkaitan 1MDB, sebelum beliau digantikan pada 2015.
Semasa ditanya apa yang berlaku kepada bekas Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kasssim Mohamed, saksi itu berkata Abu Kassim berhasrat untuk berhenti pada Ogos 2016 selepas mengalami masalah sakit belakang.
Najib, 66, diwakili oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, manakala Arul Kanda, 43, diwakili oleh peguam Datuk N. Sivananthan.
Najib didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.
Beliau didakwa, atas kedudukannya sebagai pegawai awam iaitu perdana menteri, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.
Najib didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan itu, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 19 2019
Ali berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri selepas beliau membangkitkan terlalu banyak soalan berkaitan dengan dana kekayaan berdaulat, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Gambar fail
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Consider This: Kesuma — First 100 Days as Human Resources Minister
It's been a little over 100 days since the cabinet reshuffle when Steven Sim was moved from being one of two Deputy Finance Ministers to holding a full Human Resources portfolio. How has he fared so far? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Steven Sim about his first 100 days as the Minister of Human Resources.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Kerajaan Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam - MB
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.
Kes pinda laporan audit 1MDB: Rayuan pendakwaan ditetapkan untuk satu lagi tarikh pengurusan kes pada 21 Julai
Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dalam kes meminda laporan audit 1MDB.