awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal diubah suai secara ekstrem antara 65 kenderaan disita JPJ KL
Gempa bumi lemah magnitud 3.4 dikesan di Bukit Kepong
Menara pencawang telekomunikasi di Sungai Perak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin harap FIRA 2013 dapat tingkatkan kefahaman konsep saintifik

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2013
00:25 MYT
Muhyiddin harap FIRA 2013 dapat tingkatkan kefahaman konsep saintifik
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pertandingan FIRA 2013 dapat memperluas telaga ilmu, meningkat kefahaman serta minat terhadap konsep saintifik dan perkembangan teknologi yang sedia ada.
Beliau berkata, hasrat itu akan digariskan sebagai satu daripada fokus utama dalam laporan akhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang akan dilancar bulan depan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata tema "Intelligent Robotic Systems: Inspiring the next" acara itu mampu menyemarakkan semangat penyelidikan dan inovasi yang akan membawa kepada cetusan teknologi terkini dalam dunia robotik, dengan Malaysia telahpun menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pembangunan teknologi robot.
FIRA 2013 dianjurkan Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan dan Malaysian Society of Engineering And Technology (Myset).
Acara itu berlangsung di sini sejak Sabtu lepas dan akan berakhir pada Khamis ini.
Ia disertai Singapura, Indonesia, Taiwan, India, China, Korea Selatan, United Kingdom, Mexico, Kanada, Rusia, Jerman dan Malaysia selaku tuan rumah.
Muhyiddin berkata penyertaan dalam FIRA 2013 sememangnya membantu pelajar memperkukuhkan lagi pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah atau dewan kuliah serta mempelajari tentang dunia kehidupan yang sebenar.
"Belajar melalui aktiviti merekacipta, membina dan mengendalikan robot membantu pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan komputer, elektrikal dan mekanikal berteknologi tinggi yang sememangnya mempunyai permintaan yang tinggi dalam industri,” katanya.
Muhyiddin berkata kongres yang dianjurkan serentak dengan acara itu juga akan menghasilkan kaedah penyebaran maklumat terkini tentang sistem dan teknologi robot seperti robot dalam perubatan, navigasi serta interaksi robot dan alam sekitar.
Topic Berkaitan
#FIRA 2013
#ilmu
#Muhyiddin Yassin
#saintifik
#teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan