awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin: Kerajaan sedia tambah peruntukan BR1M

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2013
13:15 MYT
Muhyiddin: Kerajaan sedia tambah peruntukan BR1M
Kerajaan sedia menambah jumlah peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika rakyat sedia mengurangkan subsidi barangan seperti gula.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa wang subsidi itu jika dikurangkan boleh diagihkan kepada rakyat.
Menurut Muhyiddin, kerajaan antaranya boleh berjimat sehingga RM456 juta setahun jika subsidi gula dihapuskan.
"Kalau boleh kurang subsidi gula atau mana yang tak penting boleh bagi BR1M lagi banyak," kata beliau.
Katanya, melalui mekanisma itu dan ditambah pula dengan pendapatan kerajaan yang semakin meningkat hasil cukai pendapatan, tidak mustahil BR1M dapat ditingkatkan.
Muhyiddin berkata demikian pada majlis penyampaian BR1M 2.0 kepada penduduk parlimen Segambut, Kuala Lumpur.
Lebih 2,600 individu bujang yang tinggal di kawasan itu menerima bantuan berjumlah 250 ringgit setiap seorang.
Muhyiddin pada Jumaat berkata kerajaan sedia menaikkan kadar BR1M kepada RM1,000 berbanding RM500 sekarang sekiranya terus diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Topic Berkaitan
#Bantuan Rakyat 1Malaysia
#BR1M
#Segambut
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan