awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
09/03/2024
03:15 MYT
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin melabelkan Kerajaan Perpaduan yang dianggotai Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sedang terdesak dan ‘cuak’.
Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, kerajaan PH-BN sedar kedudukan mereka tidak kukuh malah pada masa sama, rakyat juga hilang keyakinan kepada mereka.
Tegas Muhyiddin, kerana itulah, kerajaan cuba melemahkan kedudukan Perikatan Nasional (PN) dengan menawarkan pelbagai habuan untuk wakil rakyat daripada parti itu menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya nak beritahu Perdana Menteri. Buatlah apa pun. Tindakan itu tidak akan mengubah tanggapan negatif rakyat kepada kerajaan pimpinan kamu yang gagal mentadbir negara dengan baik.
“Sebaliknya, saya percaya tindakan itu akan “backfire” kepada kerajaan PH-BN.
“Rakyat tahu sandiwara kamu. Rakyat tahu tujuan jahat kamu. Rakyat benci dengan perbuatan kamu,” katanya.
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
Tegasnya, mandat harus dikembalikan kepada rakyat dan biarkan rakyat membuat perhitungan.
Enggan mendabik dada, Muhyiddin menegaskan sekiranya ada pilihan raya kecil, PN akan menang lebih besar di kerusi-kerusi tersebut.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Konvensyen Wakil Rakyat Perikatan Nasional di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dalam ucapan sama, beliau turut mengkritik tindakan kerajaan yang tidak demokrasi dengan menyekat kebebasan bersuara terutamanya di media sosial.
Menurutnya, ketika beliau menjadi Perdana Menteri, pelbagai tohmahan dilemparkan kepadanya namun tidak pernah sekali pun beliau arahkan sekatan terhadap video rakyat di media sosial.
Kerajaan tak boleh bertindak sesuka hati menyekat hak kebebasan rakyat yang sah, melainkan mereka melakukan kesalahan di sisi undang-undang.
“Kita tak bercakap berdegar-degar tentang demokrasi, tetapi kita amalkan demokrasi. Mereka bercakap berdegar-degar tentang demokrasi, tetapi mengamalkan autokrasi.
“Seperti ayam berkokok berderai-derai, tetapi ekornya bergelumang najis,” ujarnya.
Tegas beliau, negara ada undang-undang dan kuasa kerajaan dihadkan oleh undang-undang. -ENDS-
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#desperado
#Pakatan Harapan
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan