PUTRAJAYA:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menanam pokok Merbau di perkarangan Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, bagi memulakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.
Usai menanam pokok itu, Muhyiddin menyampaikan amanatnya yang turut disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), dengan mengajak rakyat Malaysia menjayakan agenda penghijauan Malaysia dengan menanam pokok.
"Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah bersama-sama menjayakan agenda penghijauan Malaysia dengan menanam 100 juta pokok di seluruh negara menjelang tahun 2025," katanya ketika melancarkan kempen itu serta aplikasi mudah alih dan laman web khas Program Penghijauan Malaysia; www.100jutapokok.gov.my.
Turut hadir Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Ali Biju, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSa) Datuk Zurinah Pawanteh.
Pelancaran Kempen Penanaman 100 Juta Pokok turut diadakan secara serentak di seluruh negara dengan tema 'Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita' atau 'Greening Malaysia: Our Trees, Our Life'.
Dalam kenyataan media sempena kempen itu, Muhyiddin berkata Kempen Penanaman 100 Juta Pokok adalah sebahagian daripada Program Penghijauan Malaysia, yang merupakan satu daripada agenda nasional bagi perubahan iklim serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
Beliau berkata program itu akan memulihara kepelbagaian biologi yang merupakan khazanah negara yang tidak ternilai, meningkatkan kualiti persekitaran semula jadi dan sungai.
"Program Penghijauan Malaysia juga merupakan satu ikrar dan komitmen kerajaan yang berlandaskan Wawasan Kemakmuran Bersama, untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih hijau," katanya.
Kempen anjuran KeTSa itu dilaksanakan melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), jabatan-jabatan perhutanan negeri, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan kerajaan negeri, dengan menyasarkan penanaman 100 juta pokok menjelang tahun 2025.
Muhyiddin berkata melalui kempen tersebut, JPSM menganggarkan akan terdapat peningkatan kawasan hutan dipulihara sebanyak 20,000 hingga 80,000 hektar menjelang tahun 2025, bergantung kepada jarak penanaman.
"Kempen ini dijangka menyumbang kepada penyerapan karbon dioksida, di antara 30 juta tan di kawasan bandar hingga 85 juta tan di kawasan hutan dan lain-lain dalam setahun," katanya.
Muhyiddin berkata Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bertujuan mempertahankan kekayaan alam semula jadi negara, dalam semua aktiviti pembangunan sosioekonomi dan mengekalkan pengiktirafan ke atas Malaysia sebagai antara 12 buah negara 'megadiverse'.
Sehingga kini, katanya Malaysia berjaya mencatatkan litupan hutan sebanyak 55.3 peratus selari dengan komitmen negara di Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992, iaitu memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan.
Ketika menyeru semua lapisan masyarakat termasuk syarikat serta badan korporat untuk menyokong agenda nasional itu, Muhyiddin berkata, "Mulakan azam tahun baharu 2021 dengan bersama-sama menghijaukan bumi Malaysia! Pokok Kita, Kehidupan Kita".
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 05 2021
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyiram pokok sebagai memulakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. - Foto BERNAMA
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal bantu panggil menantu hadapi tuduhan pecah amanah - Fahmi
Katanya, Muhyiddin gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya yang menghilangkan diri untuk tampil bagi menghadapi pertuduhan.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.