awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin sahkan terima tuntutan saman Anwar

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
21/12/2022
04:19 MYT
Muhyiddin sahkan terima tuntutan saman Anwar
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan telah menerima writ dan pernyataan tuntutan saman fitnah daripada peguam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan telah menerima writ dan pernyataan tuntutan saman fitnah daripada peguam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tuntutan itu berhubung kenyataan fitnah yang mendakwa Anwar menerima bayaran RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau telah menyerahkan kepada peguamnya untuk dikendalikan mengikut lunas undang-undang.
"Oleh kerana Anwar telah memilih untuk membawa perkara ini ke mahkamah, maka saya telah menyerahkan kepada peguam saya untuk mengendalikan kes ini mengikut lunas undang-undang," kata bekas Perdana Menteri itu dalam kenyataan yang dikongsi di halaman Facebook beliau, hari ini.
BACA: Anwar saman Muhyiddin dakwaan terima gaji RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Selangor
Semalam, Anwar mengemukakan saman terhadap Muhyiddin berhubung kenyataan fitnah yang mendakwa beliau menerima bayaran RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
Kenyataan fitnah itu didakwa Perdana Menteri dibuat oleh Muhyiddin dalam satu ucapan ketika ceramah 'Grand Finale PN Padang Serai' di Taman Selasih, Kulim pada 5 Disember lalu bagi menyokong calon PN, Datuk Azman Nasruddin.
Anwar yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi berkata, ucapan dan bahagian petikan yang menyinggung perasaannya itu diterbitkan semula di aplikasi TikTok melalui akaun di bawah nama @beritakini8 yang mendapat tontonan melebihi 1,100,000 kali, 6,061 komen, melebihi 21,400 butang 'like', melebihi 1,360 butang 'favourite', dan 2,169 kali perkongsian.
Pada 8 Disember lalu iaitu sehari selepas menghantar notis tuntutan melalui firma guaman Tetuan SN Nair & Partners, Anwar berkata, Muhyiddin menyebabkan penyataan fitnah itu diterbitkan semula di akaun Facebooknya di bawah nama 'Muhyiddin Yassin' yang mendapat tontonan melebihi 42,000, 506 komen, melebihi 2,800 reaksi dan 48 perkongsian.
Sehubungan itu, Anwar menuntut daripada Muhyiddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi pampasan dan ganti rugi teladan dan perintah injunksi untuk menghalangnya daripada terus mengeluarkan kenyataan fitnah serupa.
Topic Berkaitan
#Anwar saman Muhyiddin
#gaji RM15 juta
#Penasihat Ekonomi Selangor
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan