awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin saran warga pendidik berganding bahu

Bernama
Bernama
16/05/2013
02:03 MYT
Muhyiddin saran warga pendidik berganding bahu
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyarankan agar seluruh warga pendidik berganding bahu dengan Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi, bagi memastikan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)(2013-2025) tercapai.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi 1 berkata dasar itu memerlukan kerjasama erat dan rapat antara warga pendidik, ibu bapa dan komuniti secara menyeluruh bagi memastikan kejayaannya.
"Gandingan tiga pihak ini dianggap penting untuk menentukan cita-cita ke arah meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti, tercapai. Saya berpendapat dalam tempoh beberapa tahun akan datang ini, kita akan hadapi cabaran lebih besar.
"Jangkaan masyarakat tentang pendidikan memang tinggi dan untuk itu, kita harus berganding bahu memastikan cita-cita itu tercapai," katanya ketika menyampaikan ucapan Hari Guru di pejabatnya di Bangunan Putra Perdana di sini hari ini.
Sempena sambutan Hari Guru esok, Muhyiddin yang merakamkan penghargaan kepada warga pendidik di seluruh negara berkata, Hari Guru merupakan satu sambutan yang signifikan dalam menghargi segala sumbangan, khidmat bakti, jasa dan pengorbanan guru-guru di seluruh negara, mendidik serta membimbing anak bangsa menjadi anak-anak berilmu dan berjaya.
"Tahun ini, sekali lagi kita berikan tumpuan kepada cara dan usaha yang boleh kita sama-sama lakukan, iaitu meningkatkan peranan dan sumbangan lebih berkesan yang boleh diberikan masyarakat guru di seluruh negara, selaras dengan hasrat yang kita persetujui bersama dalam PPPM, yang mula digerakkan tahun ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Hari Guru
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan