awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Senarai calon Exco baharu dipersembah kepada Raja Perlis minggu depan - MB
Cinebench 2026 dilancar dengan ujian penanda aras lebih tepat
Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar NYC Muslim pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin selar pembangkang kaitkan kematian PI Bala dengan Umno

Bernama
Bernama
16/03/2013
10:43 MYT
Muhyiddin selar pembangkang kaitkan kematian PI Bala dengan Umno
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak laporan media sosial mengaitkan Umno dengan kematian penyiasat persendirian P. Balasubramaniam dan membidas pembangkang kerana mempolitikkan semua hal yang berlaku dalam negara. "Apa yang berlaku di Malaysia semua konspirasi Umno, lepas ini semua yang tidak elok berlaku di Malaysia konspirasi Umno," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut. Muhyiddin menasihatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan maklumat seperti itu kerana ia kenyataan politik sahaja untuk tujuan mengelirukan rakyat. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Hello Komoditi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, hari ini. "Zaman ini banyak kekeliruan yang timbul dan rakyat keliru bukan sebab kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi sebab ia diusahakan bersungguh-sungguh oleh kilang fitnah yang dibuat oleh pembangkang. "Mereka bekerja 25 jam sehari, tiada kerja lain hanya kitar (fitnah) sahaja, berlaku sahaja sesuatu salah BN, apa sahaja berlaku salah Umno... sebenarnya ia tidak bertanggungjawab," katanya. Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KPPK, Datuk Hamzah Zainudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat serta ADUN Jorak, Datuk Dr Shahrudin Md Salleh. Balasubramaniam, 53, atau lebih dikenal sebagai PI Bala, meninggal dunia semalam di Rawang, Selangor, semalam, akibat sakit jantung setelah mengalami sesak nafas. Bala menjadi perhatian media pada 2008 apabila membuat dua akuan bersumpah yang bercanggah dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada 2006.
Topic Berkaitan
#Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin
#kematian
#P.Balasubramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan