SETELAH seminggu kemelut politik berlarutan, akhirnya menyaksikan jawapan kepada teka-teki siapa dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8, terjawab sekitar 4.40 petang hari ini.
Berita gembira itu bukan sahaja meredakan kegelisahan dalam kalangan rakyat Malaysia, malah ia nyata memberi kelegaan kepada pemerhati-pemerhati politik negara.
Terbaharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat melakukan sujud syukur sebaik sahaja dimaklumkan mengenai pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-8, sebentar tadi.
Menerusi video berdurasi 51 saat itu, Muhyiddin yang berusia 72 tahun dilihat menzahirkan rasa syukur dan menadah tangan di atas pelantikan tersebut di kediamannya di Bukit Damansara.
Terdahulu, Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas berpandangan bahawa Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
BACA: Muhyiddin Yassin dilantik PM ke-8
[LAPOR LANGSUNG] Malaysia2020 Siapakah PM-8?
Serentak dengan pelantikan itu, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan akan diadakan esok pada pukul 10.30 di Istana Negara.
Kemelut politik negara berlarutan sejak Ahad lalu susulan peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.
Hasimi Muhamad
Sat Feb 29 2020
Muhyiddinyang berusia 72 tahun dilihat menzahirkan rasa syukur dan menadah tangan di atas pelantikan tersebut. - Foto Ihsan Pembaca
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar kenderaan keluar simpang
Kejadian berlaku melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal berkuasa besar Honda CBR dan Mistubishi Pajero.
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
Juadah Malaysia: Raikan nostalgia diaspora, pikat selera Kemboja di Phnom Penh
Juadah ini menyampaikan mesej yang mendalam, melangkaui sempadan dan membangkitkan rasa identiti Malaysia.
Dengan deria bau tajam, tikus Afrika kesan penyeludupan hidupan liar
Tikus besar ini menggunakan deria bau mereka yang tajam untuk membantu mengesan penyeludup dan melindungi spesies terancam.
Kerajaan Punjab, Pakistan tutup sekolah untuk kanak-kanak berisiko tinggi kerana kualiti udara memburuk
Pada Khamis, Lahore mencatatkan AQI sebanyak 201, mendorong kerajaan mengisytiharkan kabus asap sebagai 'bencana'.
Pemilik majoriti alu-alukan hasrat syarikat global mahu beli KDA FC
Beliau berkata kesediaan dan keberanian syarikat itu untuk membeli keseluruhan pegangan saham KDA FC amat dihargai.
Jerman akan tutup tiga konsulat Iran selepas pelaksanaan hukuman mati lelaki dua kerakyatan
Langkah ini melibatkan perwakilan Iran di Hamburg, Frankfurt dan Munich, namun tidak termasuk kedutaan di Berlin.
Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.
Polis buru lelaki di Berlin selepas tinggalkan bahan letupan di stesen kereta api
Penyiasat terus mencari lelaki itu yang melarikan diri dari tempat kejadian di stesen kereta api Neukolln, selatan Berlin.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak
Syed Danial, 80 tahun, dianugerahkan darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
707 mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di luar negara diselamatkan
Sejumlah 707 mangsa warganegara Malaysia yang terlibat dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara berjaya diselamatkan dan dihantar pulang ke tanah air setakat semalam.
Kerajaan salur pembiayaan RM6.35 bilion kepada lebih 260,000 usahawan setakat September 2024 - KUSKOP
Kerajaan menyalurkan pembiayaan berjumlah RM6.35 billion pembiayaan kepada 265,097 usahawan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) setakat September tahun ini.
Kesedaran mengenai kepentingan persijilan halal semakin tinggi - Mohd Na'im
Jumlah kutipan fi persijilan halal menunjukkan peningkatan setiap tahun, sekali gus menggambarkan kefahaman serta kesedaran mengenai kepentingan persijilan halal semakin tinggi.
Pemasangan CCTV di kuarters penjawat awam Putrajaya dalam pertimbangan - Dr Zaliha
Cadangan pemasangan CCTV di kuarters penjawat awam terutama jenis pangsapuri di Putrajaya sedang dalam pertimbangan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri.
Subsidi bersasar bagi RON95 antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Persoalan itu dibangkitkan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus Dewan Rakyat bersidang.
RUU Majlis Media akan dibentang pada sidang Parlimen ini - Fahmi
Kelewatan pembentangan RUU berkenaan kerana terdapat permohonan daripada Malaysian Productivity Council (MPC) yang meminta agar ia melalui proses Analisis Impak Peraturan (RIA).
Parlimen: Beli tiket penerbangan seawal mungkin untuk harga lebih murah - Hasbi
Syarikat penerbangan bersetuju menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa sebagai usaha menangani masalah harga tiket yang tinggi ketika musim puncak.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Permainan digital terima dana MDEC, status stesen LRT3 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) minta Menteri Pengangkutan nyatakan status terkini penerusan projek lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini.
KPT teliti garis panduan untuk semak semula Akta 605
Kementerian Pendidikan Tinggi akan meneliti garis panduan untuk menyemak semula Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2020 (Akta 605).