Barisan Nasional (BN) Kedah kini bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dan akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding bagi kerusi DUN itu, pada 21 Oktober ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata pihaknya sememangnya telah mula membuat persiapan sejak dari awal dan jentera parti juga sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Untuk tujuan itu (PRK) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun ke Kedah dan melawat DUN Sungai Limau pada 8 Oktober ini, antara lain bertujuan untuk berbincang dengan pihak kami (BN negeri) mengenai persiapaan menghadapi PRK ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Jabatan-jabatan Agama Islam Kedah di sini, Khamis.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya masih belum memutuskan dan sedang berusaha untuk menyenarai pendekkan nama calon yang akan bertanding.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengumumkan tarikh PRK DUN Sungai Limau pada 4 Nov manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Oktober ini.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.
Mengenai tarikh penamaan calon yang hampir dengan pemilihan UMNO, Mukhriz berkata perkara itu harus diterima kerana ia telah ditetapkan SPR.
"Kalau dah diputuskan, kita terpaksa menerimanya walaupun dari segi masa contohnya untuk saya sendiri, berkempen pun akan jadi sedikit tersekat.
"Tetapi tak apa, tugas dan tanggungjawab lebih kepada PRK ini... bila-bila kita bersedia, ia tak dianggap sebagai merugikan," katanya.
Bernama
Thu Oct 03 2013
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Mukhriz: Calon BN Sg Limau diumum 21 Oktober
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata pihaknya sememangnya telah mula membuat persiapan sejak dari awal.