KOTA BHARU: Mulai esok, hanya individu yang disahkan positif COVID-19 menerusi ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) akan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kelantan.
Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir berkata keputusan untuk hanya menggunakan RT-PCR sebagai ujian pengesahan bagi tujuan itu dibuat oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) negeri memandangkan jumlah kes yang semakin menunjukkan penurunan.
"Bagi kawasan di lokaliti membabitkan kluster dengan kadar positiviti yang tinggi, penggunaan RT-PCR adalah dikecualikan sebaliknya akan menggunakan RTK-AG yang akan ditentukan oleh CPRC negeri dengan persetujuan CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya kepada pemberita ketika meninjau PKRC Dewan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di Tanjong Chat hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Datuk Dr Selasawati Ghazali.
Terdahulu, Dr Mohd Zurairie menerima 10 unit pemekat oksigen sumbangan Persatuan Torasik Malaysia dan Yayasan Paru-Paru Malaysia bagi membantu rawatan pernafasan pesakit COVID-19 di PKRC Kelantan.
Mengulas lanjut, beliau berkata dua lokasi yang sebelum ini dijadikan PKRC iaitu asrama Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh dan asrama Hospital Pasir Mas akan digunakan sebagai tempat pengasingan bagi individu yang didapati positif ujian saringan COVID-19 menerusi kaedah RTK-AG.
"Mereka hanya akan dimasukkan ke PKRC sekiranya ujian RT-PCR yang dijalani selepas itu menunjukkan keputusan positif," katanya.
Dr Selasawati pula berkata setakat ini, peratus penggunaan unit rawatan rapi di HRPZ II semakin berkurangan sehingga 76 peratus berbanding 90 hingga 95 peratus sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 21 2021
Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir berkata keputusan untuk hanya menggunakan RT-PCR sebagai ujian pengesahan bagi tujuan itu dibuat oleh CPRC negeri. - Foto BERNAMA
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Mulai esok, hanya individu positif COVID-19 menerusi ujian RT-PCR dimasukkan ke PKRC Kelantan
Mulai esok, hanya individu yang disahkan positif COVID-19 menerusi ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) akan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko