awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muntah selepas makan martabak 'berintikan' lipas

Sinar Harian
Sinar Harian
17/03/2024
04:35 MYT
Muntah selepas makan martabak 'berintikan' lipas
Azie mendakwa membeli lima biji martabak di sebuah gerai di Guchil di sini pada petang Sabtu. - Gambar hiasan/ Sinar Harian
KUALA KRAI: Seorang wanita memuntahkan kembali martabak yang dimakannya semasa sahur selepas mendapati ada seekor lipas dalam inti makanan itu pada Ahad.
Ingin dikenali sebagai Azie, 30-an, dia mendakwa membeli lima biji martabak di sebuah gerai di Guchil di sini pada petang Sabtu.
"Semasa mengunyah martabak saya merasa pelik kerana ianya rangup. Malah sangat terkejut apabila mendapati ia seekor lipas.
"Saya terus muntah dan hilang selera makan kerana terbayangkan lipas berada di dalam mulut. Sangat menggelikan," katanya kepada pemberita.
Tambah Azie, dia tidak sempat merakam sebarang gambar kerana mengalami muntah yang teruk akibat terkejut.
Menurut ibu kepada seorang anak itu, martabak tersebut dibeli dengan harga RM5 sebiji.
Ujarnya, setiap kali Ramadan kedai tersebut sentiasa menjadi pilihan dia dan keluarga kerana martabaknya sedap sehingga popular dalam kalangan penduduk setempat.
Azie memberitahu, dia tidak mempunyai perancangan untuk membuat aduan atau memaklumkan kepada tuan kedai.
"Cukuplah saya memboikot kedai tersebut selepas ini. Namun sebagai pengguna saya berharap peniaga yang menjual makanan agar lebih berhati-hati dan menitip beratkan soal kebersihan," katanya. - Sinar Harian
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Ramadan 2024
#Bazar Ramadan
#martabak ada lipas
#Kuala Krai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan