awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid Tahun Enam maut disambar petir ketika guna telefon bimbit

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
15/08/2022
22:00 MYT
Murid Tahun Enam maut disambar petir ketika guna telefon bimbit
Bapa mangsa M. Nor Zawawi Awang ketika ditemui di Hospital Gua Musang. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Seorang murid perempuan maut selepas dipercayai disambar petir ketika sedang bercakap menggunakan telefon bimbit dengan rakannya di Kampung Baru Sungai Raya Luar di Gua Musang, Kelantan pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu menyebabkan mangsa, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, 12, yang merupakan murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis, ditemui terbaring di atas tilam bilik tidurnya dengan kesan terbakar di bahagian lengan.
Menurut bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang, ketika kejadian, dia baharu selesai solat Asar di surau hadapan rumahnya sebelum terdengar bunyi dentuman petir yang kuat.
Katanya, ketika kejadian turut berlaku hujan renyai.
"Selepas solat asar berlaku blackout elektrik di rumah.
"Saya kembali ke surau dan isteri panggil balik, anak dalam bilik tak sedar diri dan saya tengok dia pengsan ada sedikit kesan terbakar dekat lengan.
"Saya pun terus bawa ke klinik Kuala Betis dan disahkan meninggal," katanya.
Jelasnya, mayat anaknya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat sebelum proses pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kuala Betis.
Topic Berkaitan
#murid perempuan maut
#maut disambar petir
#Kampung Baru Sungai Raya Luar
#Nur Asyqin Qistina M Nor Zawawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan