JERTIH: Hobi memancing seorang murid Tahun Enam dari Kampung Dengir, dekat sini membawa tuah apabila berjaya mengumpul wang hasil kemenangan dalam pertandingan memancing mencecah RM30,000 sejak awal tahun ini.
Hadiah kemenangan terbesar diraih Muhammad Alif Irfan Ahmad Numan, 12, setakat ini ialah RM20,000 apabila muncul johan setelah berjaya menaikkan ikan keli seberat 5.4 kilogram (kg), Khamis lepas.
Kemenangan anak kedua daripada empat beradik dalam pertandingan memancing di sebuah kolam ikan berhampiran rumahnya itu sekali gus menyebabkan lebih 1,000 peserta lain pulang hampa.
"Dalam pertandingan itu, saya hanya menggunakan sebatang joran berumpankan isi ayam yang dibuat sendiri oleh ibu saya. Ikan sambar mata kail tidak lama selepas saya mula memancing," kata murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Puteri itu ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini semalam.
Kongsinya lagi, hadiah kedua terbesar yang diperoleh pula sebanyak RM5,000 apabila memenangi pertandingan memancing di Setiu seminggu sebelum Aidiladha lepas.
Muhammad Alif Irfan berkata dia pergi memancing dengan ditemani bapa tirinya Mohd Farid Kadir, 32, dan ibunya Nor Khaizan Hasan, 36, yang turut minat memancing.
Sementara itu, Nor Khaizan berkata dia bersyukur kerana hobi anaknya sejak berumur lapan tahun itu kini mampu menghasilkan pendapatan sampingan selain mengisi tabungnya sendiri.
"Hasil kemenangan RM20,000 yang diperoleh minggu lepas, saya beli motosikal untuk kegunaan masa akan datang selain menghadiahkan sejumlah wang kepada ahli keluarga terdekat. Selebihnya saya simpan di bank untuk tabungan Muhammad Alif Irfan.
"Hobi ini tidak mengganggu persekolahan kerana pertandingan selalunya berlangsung pada malam minggu," kata suri rumah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024
Muhammad Alif Irfan menunjukkan motosikal yang dibeli secara tunai oleh ibunya selepas memenangi hadiah memancing wang tunai RM20,000 pada Khamis lepas. - Foto Bernama
PM serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
SPARK CDC lakar sejarah dengan sistem AI Pediatrik pertama di Malaysia
Spark Child Development Centre (SPARK CDC) menerusi klinik pakar kanak-kanak miliknya Signature Child Specialist Clinic, mencipta sejarah baharu dalam bidang pediatrik.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Murid Tahun Enam raih hampir RM30,000 hasil hobi memancing
Hobi memancing seorang murid Tahun Enam membawa tuah apabila berjaya mengumpul wang kemenangan dalam pertandingan memancing mencecah RM30,000.