Seorang murid tahun satu ditemui lemas di muara Sungai Kuala Ibai, Kuala Terengganu dalam kejadian pada petang Ahad.
Mayat Fakih Abd Rahman Mohd Amran, 7 tahun, ditemui di dasar sungai pada jam 6.30 petang.
Mangsa dikatakan mandi bersama dua lagi rakannya yang juga berusia tujuh tahun kira-kira jam 5.50 petang.
Ketika mandi, mangsa bersama seorang lagi rakannya dikatakan lemas sebelum seorang daripadanya diselamatkan tukang masak sebuah restoran berhampiran tempat kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata sejurus menerima panggilan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurut Rozizah, mayat mangsa ditemui di dasar sungai pada jarak 20 meter daripada lokasi dia dilaporkan lemas.
“Air menurun tapi ada arus di bawahnya, arus yang laju di permukaan air. Seorang kawan dia diselamatkan oleh orang awam yang berada di sekeliling kawasan dan mangsa tidak ditemui sehinggalah kita temui pada jam 6.30 petang," katanya kepada pemberita, di sini.
Sementara itu, seorang saksi, Muhamad Azhar Mohammad berkata ketika dia dikejutkan dengan kehadiran rakan mangsa yang meminta tolong ketika dia sedang berbual bersama rakan-rakannya.
"Masa tu saya sembang ramai-ramai, lepas tu kawan dia panggil, dia kata ada orang lemas," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
Astro Awani
Sun Sep 22 2019
Mayat Fakih Abd Rahman Mohd Amran, 7 tahun, ditemui di dasar sungai pada jam 6.30 petang. - Foto Astro AWANI
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Mayat pelajar UiTM Chendering ditemukan
Mangsa Mohd Nor Hishamudin Nor Saidi, 21, ditemui terapung kira-kira jam 9.50 malam Sabtu.
Murid tahun satu lemas ketika mandi di Sungai Kuala Ibai
Seorang murid tahun satu ditemui lemas di muara Sungai Kuala Ibai, Kuala Terengganu dalam kejadian pada petang Ahad.